Tahniah Di Atas Pelantikan! AGM MIZAN ke-3

event, news

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MIZAN kali ke -3

IMG_20170416_211002

Mesyuarat Agung Tahunan MIZAN kali ke-3 telah berlangsung pada hari Ahad, 16 April 2017 bermula dari jam 2.30 hingga 5 petang bertempat di Bilik Seminar, Pejabat HIKMAH WPKL di Kajang, Selangor.

Majlis yang dihadiri oleh seramai 19 orang ahli MIZAN dimulakan ucapan aluan daripada Pengerusi MIZAN 2015-2017 dan diikuti pembentangan laporan aktiviti dan belanjawan sepanjang tahun 2015 dan 2016 oleh Pemangku Setiausaha sesi 2015-2017, Nurul Erna Dewi binti Mohd Said. Laporan telah disahkan serta disokong oleh ahli yang hadir.

Pengerusi MIZAN, Farwina Faroque kemudiannya mengumumkan perletakan jawatan AJK MIZAN bagi sesi 2015-2017.

Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK MIZAN sesi 2017-2019. Berikut adalah keputusan daripada sesi pelantikan berkenaan:

Pengerusi                    : Farwina Faroque

Timbalan Pengerusi    : Farhana Roslan

Setiausaha                  : Nurul Erna Dewi Mohd Said

Penolong Setiausaha  : Arniza Khairani Mohd Jamil

Bendahari                    : Mastura Mas’ud

 

5 orang exco turut dilantik iaitu  Nurul Haqiqah Dol Hamid, Nur Izzaidah Abdull Zubi, Syafiqa Zainuddin, Nor Diana Abdull Zubi dan Nurolhaida Azemi manakala Nor Azlinda Nayan telah dilantik sebagai Juruaudit MIZAN.

 

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi MIZAN sesi 2017-2019.

 

 

Disediakan oleh Arniza Khairani Mohd Jamil, Penolong Setiausaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *