Sanggar Kerja 2.0 Ahli Jawatankuasa MIZAN 2017-2019

Article, Lain-lain, news

PORT DICKSON, 21 Ogos 2017 – MIZAN sekali lagi telah mengadakan Retreat Kedua ExCo MIZAN pada 19-20 Ogos 2017.

Program ini diadakan adalah kesinambungan daripada Retreat Ramadhan ExCO MIZAN pada Jun yang lalu.

Bengkel kedua ini diadakan adalah untuk memperkemaskan dan memurnikan pengurusan serta pentadbiran daripada hasil perbincangan dan persetujuan dari bengkel yang pertama.

Prof Dr Harlina Halizah Siraj telah berbesar hati meluangkan masa pada hari kedua bengkel untuk memberi nasihat serta menambahbaik perancangan yang telah dibincangkan sesama ExCO.

Melalui bengkel tersebut, senarai program telah dirancang dan diberi durasi masa untuk dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dipersetujui oleh semua pihak.

MIZAN mengalu-alukan penyertaan dan penglibatan semua pihak untuk mencapai objektif yang diamanahkan.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada Dr Harlina kerana memberi bimbingan dan nasihat kepada barisan kepimpinan MIZAN 2017-19.

Didoakan semoga barisan kepimpinan MIZAN 2017-19 dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan ikhlas.

Disediakan oleh

Nurul Erna Dewi, Setiausaha

IMG_0357

IMG_0013IMG_0104IMG_0067

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *