Riang Ria Raya bersama RS

Lain-lain

MIZAN telah berkesempatan meraikan penghuni-penghuni Raudhatus Sakinah (RS), iaitu sebuah rumah perlindungan remaja puteri dengan latar belakang masalah sosial.

Dimulakan dengan perkongsian hati ke hati yang dikendalikan oleh Farhana Roslan (Naib Pengerusi MIZAN) dan Nur Izzaidah Abdull Zubi (ExCo MIZAN), program seterusnya dimeriahkan dengan games yang diterajui oleh Lily Khalid (Ahli MIZAN).

Program diteruskan dengan makan tengahari sebelum disudahi dengan solat berjemaah bersama penghuni RS.

Terima kasih buat Hikmah Wilayah Persekutuan sebagai rakan kerjasama dan USWAH Islamic Clothing di atas tajaan cenderahati buat penghuni dan warden. Juga diucapkan terima kasih tidak terhingga buat peserta, AJK, Raudhatus Sakinah dan setiap individu yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *