Riang Raya bersama warga Raudhatus Sakinah (RS)

Lain-lain

Salam Aidilfitri kepada anda semua. Berminat untuk menyertai kami meraikan Aidilfitri bersama adik-adik di Raudhatus Sakinah (RS)? BILA? DIMANA?

Program: Riang Raya bersama warga Raudhatus Sakinah (RS)
Tarikh/Masa: 15 Jun 2019
Sabtu / 10 am – 2pm

Lokasi: Lembah Klang (Akan dimaklumkan lokasi sebenar kepada yg menyertai atas sebab-sebab tertentu)

Sebelum itu, tahukah anda apa itu Raudhatus Sakinah (RS)?
RS ialah Pusat Bimbingan Remaja Perempuan yg terlibat dgn pelbagai masalah sosial yang dirujuk masuk oleh ibu bapa/penjaga serta agensi2 spt PDRM, Hospital, JKM, Mahkamah, Sekolah/Universiti utk dilindungi dan dibimbing kembali menjalani kehidupan yg benar mengikut syariat. Mereka sangat memerlukan sokongan dan doa daripada kita semua utk mereka terus berhijrah menjd manusia yg bermanfaat bukan sekadar kpd diri sendiri bahkan kpd keluarga dan juga masyarakat.

SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI?
Wanita berusia di atas 18 tahun sahaja. Kanak-kanak tidak boleh menyertai program ini demi menghormati peraturan yg melibatkan perasaan dan aib anak2 ini.

YURAN? Bayaran sebanyak RM30 seorang termasuk makan tengahari bersama warga RS.

Untuk menyertai, sila daftarkan diri anda di pautan https://tinyurl.com/MIZANRS2019. Terhad hanya kepada 30 orang sahaja!

Sekiranya anda tidak dapat menyertai tetapi tetap ingin menyumbang bagi meraikan adik-adik di RS, sangat2lah kami aluka! Pembayaran/sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank MIZAN MANAGEMENT 562834645659
(admin@mizan.my).

Keprihatinan anda amat kami hargai! 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sis Suhaili di http://wa.me/60122659664

#MIZAN #MIZANsisters #SpreadMoreLoveDoMoreGood#RaudhatusSakinah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.