DSC_1132

Retreat Ramadhan ExCo MIZAN

event, news

PORT DICKSON, 22 Jun 2017 – MIZAN telah mengadakan Retreat Ramadhan ExCo MIZAN pada 17 & 18 Jun 2017.

Program ini diadakan untuk menyelaraskan serta menambahbaik barisan kepimpinan MIZAN 2017-19 yang telah dilantik pada 16 April 2017 dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Prof Dr Harlina Halizah Siraj telah berbesar hati meluangkan masa mengendalikan bengkel ini. Beliau telah menggunakan teknik “Appreciative Inquiry” untuk menilai kekuatan personaliti setiap ahli jawatankuasa untuk menentukan hala gerak kerja MIZAN dapat dicapai dengan baik dan bersistematik.

Melalui bengkel tersebut, setiap ahli jawatankuasa telah mengetahui kekuatan diri untuk memberi sumbangan kepada MIZAN mengikut bidang dan pengalaman sendiri.

Objektif penubuhan MIZAN telah dikemaskini sejajar dengan keadaan wanita masa kini yang lebih mencabar. Retreat Ramadhan MIZAN 2017 telah diadakan untuk untuk menyelaraskan hala tuju MIZAN menjadi Peneraju Kecemerlangan NGO Wanita Islam di Malaysia dan Serantau.

MIZAN telah bersetuju melalui tiga elemen ini, ia dapat membantu dan menyokong dalam usaha memartabatkan dan membentuk wanita Islam di Malaysia dan serantau.

Semoga Allah memberi ganjaran kepada Dr Harlina kerana memberi bimbingan dan nasihat kepada barisan kepimpinan MIZAN 2017-19.

Didoakan semoga barisan kepimpinan MIZAN 2017-19 dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan ikhlas.

DSC_1071 DSC_1107 DSC_1132 DSC_1293 DSC_1322 DSC_1341

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh Nurul Erna Dewi Mohd Said, Setiausaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *