IMG_0280

RAIKAN SYAWAL BERSAMA MIZAN

event, news

RAIKAN SYAWAL BERSAMA MIZAN

SERI KEMBANGAN, 22 JULAI 2017 – Buat julung kalinya MIZAN telah
mengadakan sambutan hari raya dengan tema Raikan Syawal bersama MIZAN.

Acara ini diadakan untuk meraikan Syawal bersama ahli MIZAN dan juga
pihak yang sering memberi sokongan dan komitmen terhadap semua program
yang dianjurkan oleh MIZAN.

Acara ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran penaung MIZAN,
Prof Dr Harlina Halizah Siraj dan Penasihat MIZAN, Puan Nadzrimah Hj
Mokhtar.

MIZAN juga menjemput Dr. David Kloos, seorang pengkaji untuk berkongsi
tentang hasil kajian beliau berkenaan Peranan NGO Wanita Islam dalam
Kepimpinan.

Setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada tetamu yang hadir
memeriahkan lagi acara sambutan Raikan Syawal Bersama MIZAN.

Semoga kita dapat lagi berjumpa di program atau acara yang lain.
InsyaAllah.

Gambar penuh di https://www.facebook.com/pg/MIZANkl/photos/?tab=album&album_id=739445016243039

 

Video akan dikemaskini.

Disediakan oleh

Nurul Erna Dewi Mohd Said, Setiausaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *