Perbincangan Meja Bulat mengenai Institusi Keluarga, Daripada Pandangan Pelbagai Agama dan Kaum di Malaysia.

news

MIZAN telah dijemput menghadiri Perbincangan Meja Bulat mengenai Institusi Keluarga, Daripada Pandangan Pelbagai Agama dan Kaum di Malaysia, anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Panelis adalah terdiri daripada Saudara Ananda Fong mewakili Theravada Buddhist Council of Malaysia (TBCM), Dr Normi Abdul Malek daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Saudara Jack Cheah daripada Christian Federation of Malaysia (CFM) dan Puan T. Gowri dari Malaysia Hindu Sangam.
Para panelis mengambil peluang menjelaskan pandangan dari kitab-kitab agama masing-masing tentang institusi keluarga. Secara kesimpulannya, setiap wakil agama bersetuju akan kepentingan institusi kekeluargaan dalam menjaga hak kanak-kanak dan ahli keluarga terutamanya. Kajian menunjukkan peratusan lebih besar bagi masalah keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak terjadi kepada keluarga yang terhasil tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ini adalah disebabkan kurangnya rasa tanggungjawab kerana tiada perjanjian dimeterai melalui kontrak pernikahan.
Para panelis mengutarakan kepentingan pendidikan bagi setiap anggota masyarakat, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk mendirikan perkahwinan. Masyarakat beragama Islam di Malaysia telah disyaratkan untuk menghadiri kursus perkahwinan sebelum berkahwin, manakala bagi mereka yang bukan beragama Islam tidak tertakluk kepada syarat ini. Ini adalah antara perkara yang sedang diusahakan oleh wakil-wakil yang hadir bagi memastikan penganut agama mereka mendapat pendedahan dan pendidikan yang baik sebelum mendirikan rumahtangga. Wakil-wakil juga berkongsi akan hasrat lain seperti kursus-kursus keibubapaan dan kursus bagi pasangan yang telah lebih 5 tahun mendirikan rumahtangga, termasuk juga kursus bagi datuk dan nenek (grandparents).
Semoga pelbagai usaha yang sedang dijayakan oleh mereka akan berjaya mengurangkan masalah rumahtangga, seterusnya meningkatkan kepercayaan generasi kini tentang kepentingan institusi kekeluargaan.

Recently, MIZAN was invited to attend a round table discussion on the topic of ‘Family Institution from the Perspective of Different Races and Religions in Malaysia’, organized by IKRAM Malaysia.

The panelists was made up of Ananda Fong from Theravada Buddhist Council of Malaysia, Dr Normi Abdul Malek from IKRAM, Jack Cheah from Christian Federation of Malaysia and T. Gowri from Malaysia Hindu Sangam.

The panelists took the opportunity to explain the concept of family institution based on their respective religions. All agreed upon the importance of family institution in upholding the rights of children and family members. Studies show that a huge percentage of abusive families are a result of void marriages. This is due to the lack of sense of responsibility from the absence of a valid marriage contract. The panelists voiced the importance of educating those who plan on getting married. Muslims in Malaysia are required to undergo a pre-marriage course before being allowed to get married but this is not a requirement for other religions. Part of the initiative being planned is to ensure that all Malaysians obtain proper knowledge before marriage. The panelists also shared their thoughts on organising courses on parenting, courses for couples who are above the 5 year marriage mark as well as for grandparents.
It is hoped that these initiatives will aid in reducing major problems in marriage and in turn increase the current generations belief upon the importance of family institution.

Disediakan oleh:  Farwina Faroque | Terjemahan Bahasa Inggeris:  Arniza Khairani | Gambar:  Pertubuhan IKRAM Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.