Pengumuman: Khidmat Nasihat Guaman Syariah PERCUMA

bigcircle

Salam sisters yang dikasihi. Alhamdulillah, Big Circle September 2013 membawakan tajuk ‘Syariah dan Undang-undang Untuk Wanita’, oleh Puan Fadhlina Sidek, seorang peguam syariah; juga Naib Presiden Helwa ABIM.

Kami masih menantikan perkongsian nota daripada saudari-saudari yang telah sudi menghadirkan diri.

Di antara isi penting yang ditekankan oleh Puan Fadhlina ialah untuk kita sebagai wanita sentiasa mengetahui hak dan tanggungjawab kita dan juga suami. Didiklah anak-anak lelaki sedari kecil untuk menghormati dan memelihara hak wanita.

Turut sudi memeriahkan Big Circle ialah Puan Norhafsah Hamid, seorang peguam syariah, penulis ‘Trying To Be Muslim, juga salah seorang yang menubuhkan Nadi Annisa (FB: https://www.facebook.com/annissa.centre) (http://nadiannissa.blogspot.com/)

Beliau ingin menawarkan khidmat nasihat guaman syariah secara percuma kepada mana-mana wanita yang memerlukannya. Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang, beliau tidak mewakili mana-mana anak guaman; hanya memberikan khidmat nasihat guaman secara PERCUMA.

Anda boleh membuat temujanji di: Office : 03-79321714, H/p: 016-9181714, Fax : 03-79601158, Email : nadi.annissa@gmail.com, nadiannissa@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

 

Kemaskini: 

untuk alternatif bantuan guaman, puan boleh hubungi pihak Telenisa di talian 03-7960 8802 atau mohon diemelkan ke farwina@mizan.my atau admin@mizan.my 

55 thoughts on “Pengumuman: Khidmat Nasihat Guaman Syariah PERCUMA

  1. Assalamualikum.

    Saya ingin bertanya mengenai khidmat nasihat guaman ini. Masih open sehingga hari ini? Saya mahu membuat syarat taklik tambahan, ingin mengetahui cara dan prosesnya.

    Terima kasih. Harap dapat menerima maklum balas dari pihak tuan.

    Regards,
    Salmah
    Mobile : 016 205 7203

  2. As salam.. Saya nak tanya macam mana nak cek status daftar kahwin luar Negara suami saya dengan isterI kedai..sekarang dalam proses di mais..saya baru tahu hal ini..terima kasih

  3. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya mengenai khidmat nasihat guaman ini dan bolehkah mewakili saya di mahkamah syariah? Adakah still available sehingga hari ini?

    Terima kasih. Diharap saya dapat menerima maklum balas dari pihak tuan/puan.

    1. Wa alaikumussalam Cik. Cik boleh hubungi pihak berkenaan untuk keterangan lanjut, mereka masih sudi membantu, insha allah 🙂

  4. Askum puan saya nak bercakap dengan puan…kalau boleh puan hubungi saya balik mustahak…

    01137927370

  5. Assalamualaikum..
    Saya nak bertanya bagaimana cara untuk saya kemukakn dakwaan bagi orang ketiga yg telah merampas suami saya…

  6. assalam..
    boleh lagi ke saya nak menghubungi pihak puan,untuk mendapatkan khidmat nasihat utk masalah perkahwinan saya.?
    Wassalam.

  7. SLM sangat perlu Surat peguam kpd waris yg saya bolih tuntut hak says.dapat atau tidak tak penting! Hanya mereka harus sedar dosa yg mereka akan tanggong

  8. ASSALAMUALAIKUM.SY NAK MINTA NASIHAT UNTUK KES ADIK SAYA.SY BEUM FAILKAN KES NIE.ADIK SAYA NIE SEORANG OKU (BISU).DITAMBAH PULA SUAMI NIE PEMALAS NAK CARI NAFKAH.ADA 2 ORANG.YANG SULUNG TAHUN DEPAN TAHUN SATU.SUAMI ADIK SAYA SEORANG YG PANAS BARAN.BILA KELUARGA MENASIHATI SUAMI ADIK SAYA NIE AKAN BERANGGAPAN NEGATIVE.BARU BARU NIE KELUARGA KE DUA DUA PIHAK DATANG NAK SELESAIKAN MASALAH TEJADI PERGADUHAN DI RUMAH ADIK SAYA ANTARA SUAMI ADIK NIE DGN ADIK KEPADA SUAMI ADIK SAYA.KELUARGA SAYA.KATAKAN LAH MEREKA BERCERAI DAN ADAKAH HAK PENJAGGAAN ANAK AKAN JATUH PADA ADIK SAYA.

    NURSIAH
    0173327924

  9. Assalamualaikum W.B.H…
    Boleh lagi saya hubungi pihak puan untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi kes tuntutan2 saya di mahkamah?Mohon sangat bantuan puan. Jasa baik puan amat saya hargai.

    Sekian. Terima kasih.

  10. Assalammualaikum..
    Suami saya telah meninggal dunia thn lps.
    Isu 1:
    Saya ingin membuat tuntutan insurans arwah suami yg telah diluluskn oleh pihak insurans. Pihak insurans minta LA @ surat dr mahkamah syariah sbb suami tidak meletak nama pewaris utk insurans.

    Isu 2:
    Saya ingin membuat tuntutan utk rumah yg sy tinggal skrg sbb rumah ats nama arwah suami & saya.

    Soalan:
    1. Adakah saya perlu melantik peguam syarie?
    2. Tuntutan isu 1 & 2 bole dilakukan serentak @ berasingan?

  11. Assalamualaikum….mengenai khidmat nasihat percuma ni masih berjalan lagi ke…saya ingin bertanya mengenai isu perkahwinan

  12. Assalamualaikum..saya nk bertny mcmana nk cek status daftar kahwin luar negara..suami saya berkahwin baru dah 1 thn…saya bru dpt tahu….saya dpt tahu kes ini dlm proses daftar dan akan naik mahkamah 21.5.dan apakah hak saya sbgai isteri pertama….saya harap pihak puan dpt membantu saya

  13. Salam.sy ingin mendapatkan khidmat nasihat guaman syariah area sungai petani berkaitan agihan harta sepencarian.blh pn bantu saya?mohon reply email saya.terima kasih

  14. Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya mengenai khidmat nasihat guaman ini. Masih open sehingga hari ini? Saya hanya mahu penjelasan & penerangan.

    Terima kasih. Harap dapat menerima maklum balas dari pihak tuan.

    Regards,
    Faridah
    Mobile : 011 3108 3747

  15. Salam.
    Saya ingin bertanya berkaitan kes pukul isteri. Adakah wajar untuk saya buat laporan polis dan dapatkan medical report.

  16. Saya berkahwin dengan seorang duda anak tiga, tidak dinafikan suami saya seorang yang baik, dan perkahwinan kami pada saya tiada masalah cuma saya PJJ dengan nya, memandangkan saya bekerja dia juga bekerja saya pernah mohon tukar, tapi sayangnya dua kali permohonan saya ditolak. Saya minta dia bertukar dia x mau atas alasan akan pencen pada 2020. Sebelum ini saya pernah suarakan hasrat untuk berhenti kerja tetapi tidak disokong oleh suami alasan nya suami dengan arwah isteri terdahulu kerap bergaduh kerana masalah kewangan.Ini menyebabkan saya membatalkan hasrat, saya dan suami dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki, maka bertambah bilangan ahli keluarga dan pastinya belanja lebih besar memandangkan anak tiri saya yang kecil yang saya jaga telah pun bersekolah, hanya anak pertama dan kedua sahaja dijaga oleh suami yang berusia 15 dan 14 tahun. Saya menganggap mereka seperti anak sendiri memandangkan mereka kehilangan ibu, anak-anak juga alhamdulilah menerima saya sebagai ibu. Panas yang saya sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari, suami menyatakan dia ada mengenali seorang perempuan dan berhasrat untuk memperisterikan perempuan tersebut.
    Rasa seperti batu besar menghempap kepala gelap hidup saya seketika. Dipendekkan cerita selepas saya memujuk kedua-dua merenung masalah yang bakal dihadapi sekiranya mereka teruskan niat berkahwin kerana pada dasarnya kewangan suami memang tidak mencukupi, sebelum ini saya bantu membayar bil dan segala keperluan saya kongsi dengan gaji saya,tetapi kedua-duanya ibarat tidak boleh dipisahkan suami saya kata perempuan itu tetap akan kahwin dengan dia x kira apa jadi pun, saat itu hati saya benar-benar terguris, bukan mudak untuk saya bangkit semula, tapi syukur sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya nekad dari memujuk dan menghalang saya benarkan mereka berkahwin,tetapi saya memaklumkan kepada suami anak yang saya jaga suami akan jaga bersama bakal isteri baru, saya tidak akan bantu dari segi kewangan jika melibatkan perempuan itu, suami saya setuju, mungkin hatinya sepenuhnya kepada perempuan itu, saya pasrah awal september 2018 saya dimaklumkan suami.. mereka telah bernikah di sempadan. oleh kerana suami seorang tentera dan menurutnya kem tidak akan membenarkan beliau berkahwin dua dengan pendapatan sekarang maka oleh sebab itu mereka kahwin di sempadan.

    Sejak perempuan itu hadir boleh dikira berapa kali suami balik jenguk saya dan anak-anak.Tapi x pe saya faham ada isteri baru yang lama mengkin x sepenting dulu dan mungkin juga dia marah saya serahkan anak tiri saya yang saya jaga kembali, sebab dia pernah kata kalau nak dia balik setiap minggu ambil semula anak. Perempuan tu yang dulu kononnya nak menumpang kasih kini memonopoli sepenuhnya suami saya, biasa isteri pertama yang akan buat begitu tapi saya isteri pertama yang menjadi mangsa, anak-anak tiri yang besar masih berhubung dengan saya, saya dan suami entahla saya pun x tau, masuk bulan april 2019 ni sudah 4 bln x balik, nafkah saya dan anak-anak hanya duit potongan itu sahaja, cukup ke x pandai-pandai saya la. Alasan nya tidak balik sebab kerja dan yang paling utama kewangan tidak cukup..macam mana boleh dia kata mampu kahwin saya pun kadang-kadang x faham, perempuan tu adakalanya sindir saya macam-macam x taat suami, x nak bantu suami…terpulang la saya hanya ambil langkah diam dan sabar, sakit pening saya dan anak-anak, pandai2 kami la…apakah yang harus saya lakukan?

    1. Puan, kami membaca isu yang dihadapi puan ini dengan penuh sesalan. Perkara sebegini tidak sepatutnya dihadapi oleh sesiapa pun. Jika puan memerlukan khidmat guaman, kami nasihatkan puan terus menghubungi pihak Telenisa 03-7960 8802. Semoga Allah ringankan beban puan dan berikan setinggi-tinggi pahala di atas musibah yang melanda puan.

  17. Assalamualaikum, bole sy dapatkan khidmat nasihat & cara untuk sy buat tuntutan nafkah mutaah terhadap suami sy. Kami belum bercerai lagi tapi die selalu ugut untuk meninggalkan rumah dgn hutang yg banyak yg die buat, hutang kepada sy pon die xnak jelaskan. Mohon maklum balas dr pihak tuan secepat yg mungkin.
    Terima kasih,
    0169653996

  18. Assalamualaikum. Bagaimana cara untuk saya dapatkan nasihat tentang masalah rumahtangga saya? Saya perlu tahu apa pilihan yang saya ada dari sudut syariah. Terima kasih.

  19. Assalamualaikum.. Saya ingin meminta pendapat mengenai kes saya yang setuasi masih tergantung…

    Pada 18/jun/2019 sebelum terjadi selisih faham.,pagi tu keadaan kami baik-baik saja. Lebih kurang jam 11am.suami (ridwan ahmad) ada menghantarkan pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp.
    Suami memberitahu yang dia ingin mengubah cara kehidupan kami  Sekeluarga. Dia mendapat buah fikiran daripada kawan untuk membuat lesen perniagaan dengan menggunakan nama saya. Tp berlaku pertengkaran mulut sebab saya tidak begitu faham. Apalagi perkara yang dibincangkan memerlukan kos yang agak tinggi.selepas saya menjawab “kalau suruh pinjam duit sama ibu aku tidak mau”. Sebab sebelum ini kami pernah berbincang untuk mencuba nasib berkerja di Australia.. Sekiranya suami tidak dapat memohon cuti tanpa gaji d MPT, saya yang akan pergi sesuai perbincangan dan persetujuan kami berdua.
    Selepas berlaku kekasaran di whatsapp, suami ada menyatakan bahawa saya seorang bini kurang ajar dan menyuruh saya urus penceraian di mahkamah.suami juga ada membalas komen status facebook saya dengan ayat “saya ingin bebas meninggalkan anak anak dan suami untuk pergi jauh. Dan bagus bercerai satu kali”. Kemudian memuat naik status di whatsapp lebih kurang begini.. “oke.. CERAI”. Suami mengaku bahawa kali ini dia yang mahu dan bersetuju untuk bercerai. Kemudian suami memberitahu akan berjumpa saya di mahkamah pada pukul 3 petang di hari yang sama untuk menyelesaikan urusan tadi.
    Dalam jam lebih kurang 1.30 ptg pada hari yang sama, suami sekali lagi menghantar pesanan ringkas yang dia dalam perjalanan ke tempat saya berada d gerai ibu saya d pasar gantung tawau.
    Tepat pukul 2 petang suami sampai bersama anak lelaki kami. Masa itu suasana agak lengang, kami hanya duduk-duduk bercerita dengan pekerja yang lain. Suami bertanya dengan saya dengan nada yang sedikit tinggi “sudah bagitau ibu ka” saya hanya menjawab belum.
    Ibu saya duduk berhadapan dengan suami masa itu. Manakala yang lain duduk berhampiran begitu juga pelanggan yang makan masa itu. Suami memulakan percakapan dengan ungkapan “aku mau cerai dia ni” hampir semua dengar termasuk pelanggan yang sedang makan. Satu jam setengah perbualan mereka berdua tanpa saya mencelah pun. Menceritakan kelakuan/keburukan saya sebagaj seorang isteri dan seorang ibu.selepas 1 setengah jam, suami pun jalan. Dan semua yang dengar dan ada di tempat kejadian memberikan pendapat masing masing tentang apa yang terjadi tadi.kemudian saya mula timbul keraguan dengan status saya. Apakah saya masih isteri atau bukan. Kemudian saya bertanya kepada seorang kawan.mengenai hal yang berlaku. Dia (kawan) memberitahu bahawa suami ada memberitahu mengenai suami memang bersetuju untuk bercerai. Dan berniat.saya menunggu sehari sekiranya ada tindakan selanjutnya daripada suami mengenai hal yang terjadi. Tp sepertinya tiada apa tindakan. Kemudian saya mencari tahu mengenai masalah ini melalui Google membaca pengalaman2 dan kes kea mahkamah berkenaan lafaz kinayah yang boleh terjatuhnya talaq. Keraguan saya mengenai status saya semakin besar. Saya mengambil keputusan untuk ke mahkamah meminta pendapat apa yang patut saya buat. Sebab saya tahu, perkataan cerai tidak boleh dibuat mainan lebih2 lagi terkeluar dari mulut suami

  20. Assalamualaikum.sy nk brtanye. Apakah tindakan yg perlu sy ambil apabila perkahwinan sy bergolak angkara org ke3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.