Pedofilia dan Kesan Kepada Masyarakat

Article, news

Jun 23, Kuala Lumpur – MIZAN telah menghadiri Wacana Intelektual Wanita IKRAM yang memberikan fokus kepada Pedofilia: Sejauh Mana Kita Diancam.

Negara dikejutkan dengan pendedahan ancaman pedofilia.  Pedofilia dan pornografi adalah Pelanggaran hak asasi kanak-kanak.  Mei tahun lalu, pelajar Malaysia di Imperial College dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memiliki bahan lucah.  Terbaru: Richard Huckle dilaporkan melakukan jenayah seks kepada kanak-kanak di Malaysia sekitar tahun 2006-2014.

Ancaman merentasi sempadan negara melalui internet.  Kebanyakan penjenayah pedofilia akan mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian ibu bapa dan naif.  Kanak-kanak yang cenderung menjadi mangsa pedofilia ialah kanak-kanak di dalam keluarga yang memiliki kualiti kualiti komunikasi yang lemah dan enggan berbincang secara terbuka topik berkaitan seks yang dianggap ‘taboo’.

Ibubapa perlu mengambil berat jika anak-anak berkongsi pengalaman sebagai mangsa seksual.  Ibubapa perlu mendidik anak-anak agar tidak menjadi mangsa dan pemangsa.  Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam berkongai gambar anak-anak di laman sosial.

Disarankan agar  hukuman lebih berat dikenakan kepada pemangsa dan diasingkan dari masyarakat.

22 jun 2016 - wacana pedofilia 1 22 jun 2016 - wacana pedofilia 2 22 jun 2016 - wacana pedofilia 3

#Pedofilia
#MothersAgainstPornography

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.