NOTA SIM 7/2016 – A’ISYAH R.A

Article

Kisah Ummul Mukminin: ‘Aisyah Radiallahu Anha (R.A)
Oleh:  Ustaz Syahmi Syazeril Azmi

Kisah Aisyah R.A adalah tentang sokongan seorang wanita kepada seorang yang kita cintai iaitu Rasulullah s.a.w.  Allah menghantarkan bantuannya melalui seorang wanita yang sentiasa menyokong baginda. Aisyah melengkapkan intelektualnya melalui madrash di kediamannya bersama Rasulullah s.a.w.

Aisyah adalah seorang wanita yang tidak lari dari sifat mencemburui wanita lain yang bertakhta di hati Nabi Muhammad SAW, iaitu Khadijah, juga isteri-isteri nabi yang lain.  Namun kebijaksanaan dan ketinggian peribadinya dalam menzahirkan perasaan cemburunya amat luar biasa.  Penceramah berkongsi gaya bahasa yang penuh hemah dan tidak menyindir.

Biografi (Petikan Sirah Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin, karangan Sulaiman An Nadwi)

Nama sebenarnya ialah A’isyah binti Abi Bakar As Siddiq bin Abi Quhafah Uthman bin Amir bin Umar bin Ka’ab bin Sa’’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Fahr bin Malik (antara yang paling kuat sandarannya dari belah bapanya); dan

Aisyah binti Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abd Syams bin Itab bin Adzinah bin Sabi’ bin Wahban bin Harits bin Ghanam bin Malik bin Kinanah (dari belah mak) (Ummu Ruman bukan isteri Abu Bakar yang pertama).

Gelarannya ialah Humaira’ As Siddiqah (As Siddiqah kesan dari bapanya)

A’isyah sebelum kahwin

A’isyah datang dari keluarga yang kaya dan berada. Setelah bernikah dengan baginda nabi S.A.W, Aisyah memilih untuk tinggal dalam keadaan sederhana.  Satu kejadian selepas perang Khandaq telah merakamkan akan kemuliaan dan ketulusan A’isyah; di mana Allah memberi pilihan kepada semua yang terlibat di dalam peperangan berkenaan samada mahu ganjaran harta atau utamakan akhirat. Kesemua isteri Nabi meminta untuk dinaikkan belanja bagi menampung kehidupan di masa berkenaan, kecuali A’isyah.

A’isyah memiliki karakter yang sangat cergas. Nabi S.A.W menyaksikan dengan sendiri di rumah Abu Bakar. Abu Bakar memanggil A’isyah, tanpa bertangguh dia menjawab sahutan ayahnya, sambil berlarian mendapatkan ayahnya. A’isyah amat memuliakan kedua ibu bapanya. Nabi terpesona dengan akhlak A’isyah yang sangat mentaati kedua ibu bapanya.

A’isyah sedari awal telah hidup dalam suasana keluarga Muslim. Kedua ibu bapanya telah memeluk Islam saat kelahirannya. A’isyah R.A berkata “Ketika pertama kali aku mengenal ayah ibuku, keduanya telah memeluk Islam.” (Petikan Sirah Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin, karangan Sulaiman An Nadwi)

Perkahwinan dengan Rasulullah SAW

Imam Bukhari (3894), Muslim (1422) dan Nasai (3378) bersepakat umur A’isyah ketika berkahwin dengan Nabi ialah 9 tahun (ketika dia sudah baligh).

Aisyah adalah pilihan Allah untuk Rasulullah SAW, mendapat perintah dari Allah melalui mimpi dan bukan di atas kehendak nafsu. Di antara 12 isteri Rasulullah, hanya A’isyah sahaja yang dara, manakala selebihnya adalah janda. A’isyah juga adalah satu-satunya isteri yang ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat, setelah keguguran.

Peristiwa A’isyah diftinah menyaksikan orang-orang yang rapat dengannya amat menjaganya; sehinggakan mereka tidak memberitahu bahawa A’isyah sedang difitnah.  Tanpa memahami tindakan Nabi yang melayannya dengan berbeza, A’isyah meminta izin dari Nabi untuk pulang ke rumah ibu bapanya, memandangkan di ketika itu beliau juga berada di dalam keadaan yang tidak sihat.  Allah melindungi hubungan Nabi dengan A’isyah walaupun A’isyah dituduh dengan tragedi yang sangat besar.

Wahyu itu tercantum dalam Surah an-Nur  sebanyak sepuluh ayat (Surah an-Nur:AYAT 11-20)

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٌ۬ مِّنكُمۡ‌ۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرًّ۬ا لَّكُم‌ۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ‌ۚ لِكُلِّ ٱمۡرِىٍٕ۬ مِّنۡہُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِ‌ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُ ۥ مِنۡہُمۡ لَهُ ۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١١) لَّوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ ظَنَّ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بِأَنفُسِہِمۡ خَيۡرً۬ا وَقَالُواْ هَـٰذَآ إِفۡكٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٢) لَّوۡلَا جَآءُو عَلَيۡهِ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَإِذۡ لَمۡ يَأۡتُواْ بِٱلشُّہَدَآءِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ عِندَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ (١٣) وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ لَمَسَّكُمۡ فِى مَآ أَفَضۡتُمۡ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (١٤) إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ (١٥) وَلَوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ قُلۡتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَڪَلَّمَ بِہَـٰذَا سُبۡحَـٰنَكَ هَـٰذَا بُہۡتَـٰنٌ عَظِيمٌ۬ (١٦) يَعِظُكُمُ ٱللَّهُ أَن تَعُودُواْ لِمِثۡلِهِۦۤ أَبَدًا إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٧) وَيُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (١٨) إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (١٩) وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡڪُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ وَأَنَّ ٱللَّهَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٢٠)

 
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (11)

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. (12)

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (13)

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. (14)

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. (15)

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan. (16)

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (17)

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (18)

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (19)

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (20)

Aisyah pada kacamata Rasulullah SAW

Hadith dari Amru bin Al Asr. Amru bin Al Asr bertanya Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau cintai? Rasulullah SAW menjawab, Aisyah. Beliau bertanya lagi, jika dari kalangan laki-laki? Rasulullah SAW menjawab: Ayah Aisyah r.a. iaitu Abu Bakar as Siddiq” – bertapa tingginya darjat Aisyah di mata Rasulullah SAW

Rasulullah SAW wafat di rumah Aisyah dan di riba Aisyah.  Apabila tiba giliran isteri-isteri lain, Baginda akan kerap bertanyakan giliran siapakah pula seterusnya.  Namun, apabila di rumah Aisyah, Baginda tidak bertanyakan soalan itu dan sentiasa memberi senyuman yang besar.

Kualiti Aisyah

A’isyah adalah seorang yang berkeyakinan tinggi.  Beliau juga amat tegas dan punya pendirian kritis.

Peristiwa Hadith riwayat Abu Hurairah R.A : “Batal (terputus) solat seseorang kamu jika (telah lalu dihadapan kamu) seorang wanita, seekor keldai atau anjing.”; di mana A’isyah mempersoalkan kesahihan ketiga-tiga sahabat (yang sememangnya thiqah), samada mereka mendengar hadith ini dengan betul. Tidak mungkin Nabi menyamakan kami (wanita) dengan anjing dan keldai. A’isyah tidak mudah menerima tanpa usul periksa. A’isyah adalah seorang yang faqiih di dalam hadith, sehingga Ibn Hajar mengiktiraf beliau dengan mengatakan jika dikumpul semua wanita yang tinggi pengetahuan, tidak akan setanding dengan A’isyah (dari segi ilmu ibadah dan fiqah).

Tauladan buat para wanita:

1. Qanita – devoted to Allah – tidak pernah tinggal qiamullail
2. Mukmina- believer
3. Soliha – righteous
4. Musliha – innocent
5. ‘Alima – learned, wise
6. Murabbiyah – educator

Wanita sebutan dalam Al Quran:
Nama A’isyah terpalit pada dua tempat di dalam al-Quran; iaitu:

1- tayammum (Al-Maidah:6) – semasa pulang dari pengembaraan, A’isyah memberitahu Rasulullah bahawa beliau telah kehilangan kalung dan Rasulullah mengarahkan semua sahabat mencari kalung tersebut. Mereka diuji Allah ketika sibuk mencari kalung berkenaan sehingga hampir tamat waktu solat; ditambah lagi dengan kejadian tiada air untuk berwudhuk. Menerima aduan sahabat-sahabat berkenaan, Abu Bakar segera bertemu A’isyah; pada ketika itu juga Rasulullah sedang di riba A’isyah. Turunlah Ayat 6, Surah Ma’idah

2- Hadith al-Ifki (Surah an Nur: 11) – Kalung milik A’isyah telah hilang buat kali ke dua, menyebabkannya enggan memaklumkan lagi kepada baginda Rasullullah. Beliau turun dari unta untuk mencari kalung berkenaan. Memandangkan fizikal A’isyah yang kecil dan ringan, ketiadaannya tidak diketahui.

Beliau bertawakkal kepada Allah apabila menyedari tiada kelibat rombongannya dan terus menanti di tempat kehilangan kalung berkenaan dengan harapan mereka akan menyedari kehilangannya dan kembali mendapatkannya. Rasulullah sememangnya pada kebiasaannya akan melantik seseorang untuk menghilangkan kesan tapak kuda mereka yang bernama Safwan. Ini menyebabkan hanya Safwan yang akan tinggal di belakang; dan Safwan telah terlihat akan A’isyah berseorangan. Tanpa berbicara sesama mereka, A’isyah ditawarkan untuk menaiki unta tersebut. Namun Abdullah ibn Ubay telah menyebarkan fitnah yang keji.

Semua orang tahu akan fitnah tersebut kecuali A’isyah. A’isyah hanya nampak semua orang di sekeliling melayannya dengan amat berbeza. Rasulullah sendiri amat dingin dengannya. A’isyah akhirnya mengetahui akan fitnah tersebut setelah Umm Mistah secara tidak sengaja mengkhabarkan perkara berkenaan.

Selepas sebulan, Rasulullah datang bertemu dengan A’isyah di rumah ibu bapanya. Rasulullah meminta A’isyah agar bertaubat jika ada berbuat dosa; jika tidak, moga Allah berikan penghapusan. Ini menggambarkan akan kepercayaan baginda Nabi terhadap A’isyah.

A’isyah meminta belas ihsan dari ibu bapanya untuk membelanya di hadapan Rasulullah. Ibu bapanya pula tidak berani untuk memberikan sebarang pendapat memandangkan Rasulullah sendiri tidak menerima apa-apa panduan dari Allah pada ketika itu. Pada masa itu tiada seorang pun yang berpihak kepada A’isyah. Aisyah lantas menyatakan kekecewaannya kerana jika beliau berkata benar bahawa beliau tidak melakukan sebarang perkara yang kufur bersama Safwan, tiada yang akan mempercayainya.

Allah membela A’isyah dengan menurunkan Surah An-Nur, ayat 11. Turunnya ayat berkenaan memberikan pembebasan mutlak kepada A’isyah R.A. Mendengarkan ayat ini, ibu A’isyah, Umm Ruman meminta A’isyah untuk berterima kasih pada Rasulullah kerana meminta pertolongan daripada Allah.

Beliau dengan penuh sifat tawadduk kepada Allah menjawab tidak akan berterima kasih kepada Rasul, sebaliknya berterima kasih kepada Tuhan Rasulullah kerana memberikan rahmatNya untuk membebaskan A’isyah. Ini membuktikan kehebatan tarbiyah Rasulullah pada Aisyah. Allah memberi perlindungan total pada Aisyah disebabkan kualiti beliau.

Kualiti dan kredibiliti A’isyah menyebabkan Allah mengangkatnya, Allah secara eksklusif menyelesaikan masalah A’isyah. A’isyah menzahirkan cintanya terhadap Allah mengatasi segalanya. Hadith ini mengajar nilai kesabaran yang sangat tinggi.

Pada lingkungan usia 60 tahun, A’isyah diuji dengan kesakitan. Abdullah ibn Abas (keturunan Rasulullah) melawat A’isyah dan memuji beliau. A’isha berkata kepada Ibn Abbas bahawa, jika beliau datang untuk memuji A’isyah, A’isyah berdoa kepada Allah untuk mengambil nyawanya kerana enggan dibuai leka oleh pujian manusia. Pada malam itu juga, A’isyah wafat dan telah meminta untuk dikebumikan di perkuburan Baqi’, bersama-sama sahabiyah yang lain kerana menganggap diri sendiri tidak layak dikebumikan bersebelahan baginda Nabi S.A.W.

Nota oleh: Syafiqa Zainuddin & Arniza Khairani
Diolah oleh: Farwina Faroque

Slaid penuh

2 thoughts on “NOTA SIM 7/2016 – A’ISYAH R.A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *