Nota SIM 6/2016: Khadijah Binti Khuwailid

Article , ,
IBRAH KISAH KHADIJAH RA

2016-10-16-photo-00000658 
Kisah-kisah wanita di dalam Al Quran - cerita mereka dirakamkan tetapi tidak menyeluruh. Al Quran hanya merakamkan babak spesifik yang penting untuk pengajaran semua;
 
Nama Khadijah RA seperti tiada di dalam Al Qur’an, tapi sebenarnya tersirat dalam seluruh kisah sejarah.
 Kisahnya terduduk di dalam hadith, sangat besar dalam sejarah Rasulullah saw.
 
Di hujung sirah Rasulullah saw, terjawab persoalan mengapa baginda Nabi saw diangkat untuk menerima perintah solat.
 
“Sebaik-baik perempuan muslimah surga adalah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiyah,” (H.R. Baihaqi).
 
Persamaan:
 Keempat-keempatnya ahli syurga;
 Tidak sempat melihat kemenangan.
 
Pengajaran:
 Pilih satu daripada empat pilihan untuk mencontohi tokoh pilihan kita bagi mencapai syurga yang kita idamkan;
 Allah swt tidak memandang atau tidak mengganjarkan berdasarkan natijah atau hasil dari pengorbanan kita
 
Siapakah Siti Khadijah?
 Latar Belakang
 
Beberapa intipati penting yang bakal diperoleh dari nota ini:
 1. Tentang Waraqah Ibn Nawfal; yang merupakan sepupu Khadijah
 2. Tentang Abul As iaitu suami Zainab, anak kepada Rasulullah saw dan Khadijah - Perang Badr
 3. Tentang Halah iaitu abang Khadijah; yang bakal muncul di Madinah
 
Khadijah: Al Wadud dan Al Walud; cantik dan mudah melahirkan
 
1. Suami pertama (ketika berusia 17 - 20) - Abu Halah; wafat ketika Khadijah RA berumur 20 tahun
 2. Suami kedua (ketika berusia 20 - 25) - Ateeq; meninggal dalam Perang Fijal, ketika Khadijah RA berumur 25 tahun
 
Khadijah dan suaminya tidak pernah menyembah berhala - ada sekelompok orang Arab ketika itu mengikut ajaran Ibrahim (Hanifan, Hunafa’) - terpelihara dari syirik menyembah berhala
 
Seterusnya lebih teliti dalam memilih suami - risau; nekad untuk memberikan sepenuh tumpuan ke atas perniagaan sejak berumur 25 tahun
 
Aliran Perniagaan Beliau: Yemen —> Syam —> Makkah dan Yemen
 
Surah Quraysh; 106:1 -2
 
لِإيلافِ قُرَيشٍ
 Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
 
إيلافِهِم رِحلَةَ الشِّتاءِ وَالصَّيفِ
 (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
 
Dunia perniagaan bukan satu kebetulan untuk Khadijah RA mahupun Rasulullah saw.
 
Wanita tidak turun padang ketika itu, menaiki unta membawa karavan barangan. Sampai waktu Khadijah RA memerlukan rakan kongsi yang jujur kerana ramai rakan kongsi lelaki yang tidak mempunyai integriti.
 
Khadijah RA bertanyakan kepada ramai orang termasuklah Abu Talib, bapa saudaranya, selepas kewafatan Abdullah, Aminah dan Abdul Muttalib (datuk), dari umur Rasulullah saw 12 tahun sehinggalah Nabi berumur 49 tahun.
 
Nabi Muhammad saw ingin mencari sumber pendapatan, kerana Abu Talib begitu peka dan tegas tentang sumber pendapatan. Abu Talib khuatir untuk membenarkan Rasulullah saw membawa barang dagangan kerana umur baginda yang muda dan status terhormat. Lalu baginda menggembala kambing untuk salah seorang adik-beradik Khadijah RA ketika berusia 12- 14 tahun.
 
Nabi Muhammad saw mula bargiat dalam perniagaan pada umur 19 tahun dengan membawa barang dagangan untuk para pedagang ke Syam dan mengambil upah (komisyen).
 
Khadijah sering dilamar oleh orang-orang ternama di Makkah termasuklah Abu Jahal, Abu Suffian dan sebagainya.
 
Setelah dicadangkan oleh Abu Talib, Khadijah lantas mengenal nama Muhammad sebagai As-Siddiq dan Al-Amin. Khadijah meminta menghantar Maisarah (pembantu Khadijah yang merupakan seorang lelaki) bersama baginda Nabi saw.
 
Maisarah melihat beberapa peristiwa pelik:
 1. Teduhan awan meneduhi seluruh kafilah;
 2. Ketika Rasulullah saw tidur bertuduh di bawah pohon, bayang pohon yang meneduhinya tidak langsung beralih tempat dengan gerakan matahari zuhur;
 3. Ahli Syam memeberitahu Maisarah bahawa tiada yang duduk di bawah pohon itu melainkan bakal menjadi nabi.
 
Maisarah wafat ketika Rasulullah saw berumur 25 tahun. Nafisah menasihati Khadijah untuk mengakhiri zaman jandanya lalu Khadijah menyatakan hasratnya.
 
Sejarah Islam merakamkan wanita yang menyatakan hasrat untuk menikah ialah Khadijah RA untuk Muhammad saw dan wanita Madyan untuk Nabi Musa AS.
 
Mahar perkahwinan mereka berupa 20 ekor unta muda - walaupun tidak Khadijah memerlukan, jumlah ini menunjukkan kekuatan aset Rasulullah yang telah terbina dalam 6 tahun.
 
Mengikut riwayat, Khadijah sebelum itu bermimpi bahawa matahari turun ke kakinya (atau bahagian bawahnya) lalu bertemu dengan sepupunya Waraqah Ibn Nawfal.
 
Ada pendapat mengatakan 23, sebaya tetapi pendapat jumhur ulama’ Khadijah berkahwin.
 
Menariknya, tiada sebarang catatan sejarah khusus tentang apa yang berlaku dalam tempoh waktu 10 tahun ketika Nabi Muhammad berkahwin dengan Khadijah; iaitu ketika nabi berusia 25 tahun sehinggalah baginda berumur 35 tahun melainkan kelahiran anak-anak mereka.
 
Al Qassim: Anak sulung lelaki Al Qassim meninggal dunia sebelum hari lahir ke-duanya;
 Zainab: Lahir ketika Rasulullah saw berumur 30 tahun;
 Ruqayya: Isteri pertama Uthman Ibn Affan;
 Ummu Kulthum: Isteri kedua Uthman selepas kewafatan Ruqayya;
 Fatimah
 Abdullah (At Tahir): Meninggal ketika berumur 8 bulan, lahir selepas kerasulan dan wafat 2-3 tahun kerasulan
 
Ketika kematian Abdullah At Tahir, Khadijah sangat meratapinya maka Rasulullah memujuknya.
 Ketika kematian At Tahir, Abu Lahab menteriakkan:
 “Batara, batara Muhammad!” - Terputuslah keturunan Muhammad
 
Lalu turun surah Al Kauthar -
 إِنَّ شانِئَكَ هُوَ الأَبتَرُ
 Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
 
Gelaran Khadijah At Tahirah -
 Suci; tidak pernah syirik, tidak pernah menyembah berhala;
 Ada firasat, gerak hati jika orang akan menipunya
 
Kehidupan
 Menjadi persoalan, mengapa hiatus 10 tahun Rasulullah selepas perkahwinannya dengan Khadijah?
 Para ulama percaya kerana beliau fokus membina keluarga, bercinta dengan Khadijah RA dan membesarkan anak-anak dan tidak mempunyai banyak kehidupan di luar
 
Sehinggalah...
 Nabi Muhammad saw berumur 35 tahun: banjir besar melanda Makkah dan Hajarul Aswad terkeluar dari Kaabah sehinggakan semua ketua kabilah Makkah berebut untuk meletakkan kembali Hajarul Aswad. Seseeorang telah mencadangkan agar menerima cadangan penempatan Hajarul Aswad oleh lelaki seterusnya yang akan masuk ke Masjidil Haraam. Semua ketua kabilah dirakamkan menarik nafas lega, menteriakkan:
 
“Radhina radhina; haza Muhammad; As Saddiqun Al Amin!”
 
Kerasulan
 Nabi Muhammad saw mula menyedari beliau sering menerima mimpi yang peristiwanya terus berlaku subuhnya esoknya; ibrahnya hikmah Allah swt untuk membiasakan nabi untuk menerima wahyu. Hal ini membawa kepada keinginan Nabi untuk ber-uzlah. Nabi memilih Gua Hira’ kerana boleh melihat kaabah darinya. Nabi mula pergi dan tidak pulang untuk 2 - 3 malam.
 
Fakta Gua Hira: 10 km, 884m di atas paras laut.
 
Menjelang 6 bulan kedatangan Jibrail, Nabi Muhammad saw mula mengambil masa lebih panjang dan tidak pulang untuk jangka masa lebih panjang. Khadijah khuatir lalu mula menghantar makanan dan pakaian.
 
Nabi dikejutkan dengan kedatangan seorang makhluk yang mengajarkannya membaca dan memeluknya (menunjukkan mungkin Jibrail muncul dalam bentuk rupa manusia).
 
“Zammiluni, zammiluni, datthiruni, datthiruni!” - “Sesungguhnya aku sangat takut dengan diriku sekarang”
 
Dalam Khadijah ada Aminah - kualiti ibu yang begitu kuat
 
2016-10-16-photo-00000662
Khadijah memeluk Rasulullah saw. Respon Khadijah secara spontan menjawab segala persoalan tentang apa yang berlaku selama 15 tahun sebelum kerasulan; Khadijah merumuskan 6 karakter Rasulullah saw :
 
“Kalla Abshir! Fa Wallahi! La yukhziku Allah abadan;
 
Innaka la tasilu ar-Rahim - kamu sentiasa memastikan silatulrahim keluarga kita;
 wa Tasduqu al-Hadith - kamu sentiasa bercakap benar;
 wa Tahmil al Kalla - keluar menjadi sukarelawan;
 wa Taksibul Ma’dum - kamu berusaha kuat membantu orang-orang yang hilang pergantungan;
 wa Taqri ad Dhaifah - menyejukkan mata tetamu;
 wa tu'inu ala nawaibi al Haqq - membantu mereka yang mendokong kebenaran.
 
Khadijah membawa Rasulullah saw bertemu dengan Waraqah ibn Nawfal, kerana beliau sudah menjangkakan kerasulan Rasulullah saw.
 
Waraqah ibn Nawfal menyatakan hajat beliau untuk terus muda terus hidup bersama-sama dalam perjuangan yang bakal Rasulullah saw hadapi termasuklah apabila kaum baginda sendiri bakal menghalaunya keluar dari tempatnya; namun Waraqah meninggal dunia beberapa bulan sejurusnya.
 
Kredit kepada Khadijah secara tidak langsung dalam Al-Qur’an:
 Para ulama ada mentafsirkan Khadijah sebagai 'beban yang diangkat’ daripada Rasulullah dalam surah Al Inshirah 94:2
 وَوَضَعنا عَنكَ وِزرَكَ
 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
 
Para ulama ada mentafsirkan kaitan peranan Khadijah sebagai asbab Allah swt ‘dan didapatinya engkau miskin, lalu siapa yang memberikan kekayaan' dalam surah Ad Dhuha 93:8
 وَوَجَدَكَ عائِلًا فَأَغنىٰ
 Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
 
Wahyu kedua
 Ketika Rasulullah menerima wahyu kedua (Al Mudathhir) selepas peristiwa di surah Al Alaq 1-5 di Gua Hira’, Rasulullah saw diajak berbaring di peha kiri Khadijah.
 
Rujuk: Surah Al Mudatthir - 74
 
Wahyu ketiga
 Rasulullah menerima wahyu ketiga (Al Muzammil), Rasulullah saw di Gua Hira;
 
dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :”Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :”Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan.” [Shahih Bukhari]
 
Rasulullah saw mengambil wudhu pertama dan menunaikan solat malam buat pertama kalinya bersama Khadijah dan Ali bin Abi Talib.
 
Pengajarannya: kekukuhan hubungan suami isteri terbina melalui Qiam bersama.
 
Hari pertama dawah secara terang-terangan di Bukit Safa, Rasulullah menangis lalu ditenangkan oleh Khadijah RA.
 
5 sebab Quraisy susah menafikan kerasulan Rasullullah di Bukit Safa:
 1. Perangai Nabi yang baik dan benar (28 tahun dalam perniagaan);
 2. Wahyu yang dibacakan dikesan orang Arab
 3. Buta huruf
 4. Nabi tidak pernah muncul di pentas syair, malah Nabi tidak gemar syair
 5. Pemidato terbaik dunia
 
Tahun ke 5 - 6 Kenabian
 Keadaan semakin kritikal: Muhammad saw semakin mendapat tentangan
 Parlimen Darul Nadwah tidak lagi dapat menghentikan penyebaran Islam di kalangan Quraisy, sehingga Umar dan Hamzah juga telah berada bersama nabi; sehinggakan bakal menular ke Taif dan Abassiniya. Raja Najashi turut menjadi pihak yang mesra dengan kaum muslimin. Quraisy semakin risau kerana cadangan mereka menghantar perempuan juga ditolak oleh Rasulullah saw.
 
Ayat yang turun di zaman boikot (muqata’at):
 وَيلٌ لِلمُطَفِّفينَ
 Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
 
Khadijah dalam Dunia Boikot
 Al-Hakim anak saudara Khadijah cuba membawa makanan untuk Khadijah tetapi disekat Abu Jahal, lalu unta diajar untuk menghantar makanan.
 
Senario zaman boikot
 1. Anak-anak kecil menangis meraung kelaparan
 2. Sumayyah menjerit, Bilal bin Rabbah diseksa
 3. Khadijah yang sebelum itu Amiratul Quraisy (Dato Seri) makan rumput kering kerana itu sahaja yang boleh makan
 4. Bantuan Allah swt datang tetapi beliau tidak pernah bertanyakan “mata Nasrullah?” - "Bila datangnya bantuan Allah?"
 
Bantuan Allah
 1. Surat syair dan pengumuman yang ditampal di Kaabah tentang direktif jangan berjual beli dengan orang Islam, dimakan anai-anai kecuali perkataan Bismillah
 2. Kemarau juga teruk berlaku
 3. Timbul kekecohan dan kekalutan di kalangan Quraisy
 4. Abu Jahal membuat pengumuman akan menamatkan era boikot
 
Khadijah Jatuh Sakit
 
Kegembiran Rasulullah saw pantas terhenti dengan kesakitan Khadijah RA. Abu Talib turut jatuh sakit dan meninggal dunia ketika Baginda sangat menginginkan beliau memeluk Islam. 3 hari/ 3 minggu/ 3 bulan (lebih kuat 3 hari) seterusnya Khadijah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Rasulullah saw.
 
10 Ramadhan 10H
 

“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. ”

Tempat pengebumian: Hujjun (tahun Al Huzni)
 Abu Lahab yang datang mengetuk pintu ketika melihat air muka dan mata nabi Muhammad saw berdarah lalu beliau meninggalkan dan pergi ke masjidil Haraam mengumumkan beliau tidak akan mengganggu anak saudaranya itu lagi.
 
Rujuk:
 1. Surah Mutma’inah
 2. Surah Yusuf
 
Isra’ Mikraj muqaddimah kemenangan kejayaan Rasulullah saw
 
Turunnya Surah Yusuf
 Allah swt menurunkan surah Yusuf bagi menenangkan Rasulullah tentang kesusahan ujian Yusuf, juga sebagai peringatan.
 
Bila Nabi kehilangan Khadijah, Allah menurunkan solat sebagai “hadiah” baru untuk Nabi. Subhanallah.
 Ibrah: betapa tingginya kedudukan solat, sebagai kekuatan Rasulullah saw.
 
Rasulullah di Madinah
 10 tahun selepas kematian Khadijah
 
Kisah 1: Aisya cemburu dengan Khadijah yang telah meninggal dunia
 

Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih). Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

Secara fizikal, secara intelektual, secara emosi, secara spiritual 
 
Ibrah: cara Nabi menceritakan tentang Khadijah menunjukkan bahawa keperluan berkahwin itu bukanlah untuk keperluan peribadinya, tetapi atas faktor-faktor lain juga.
 
Kisah 2: Social engagement dan network Khadijah
 Lalu setiap kali Nabi menyembelih kambing di Madinah, diminta diberikan kepada kawan-kawan Khadijah yang telah berhijrah dan juga yang masih di Makkah dan belum berhijrah
 
Imbas Kembali: ketika mengahwinkan Zainab dengan Abdul As, seorang wanita iaitu Halimatun Saadiah iaitu ibu susu Nabi muncul, lalu diberikan 40 ekor unta.
 
Kisah 3: Perang Badar
 Selepas hijrah 2H, Perang Badar menangkap seorang berbangsa Quraisy dan sebahagiannya Abul As yang diambil sebagai tawanan Perang Badr di antara 70 orang.
 
Zainab ingin menebus suaminya dan menghantarkan kotak wang tebusan untuk Abul As dan Rasulullah terkejut melihat kalung yang dihadiahkan baginda kepada Khadijah, yang dihadiahkan pula oleh beliau kepada Zainab ketika perkahwinan Zainab dengan Abul As.
 
Kisah 4: Pembukaan Makkah
 
10 tahun selepas kewafatan Khadijah
 Sahabah bertanya di mana lokasi Rasulullah ingin berehat dengan kepenatan selepas pembukaan Makkah. Jawapan Nabi “Hujjun” iaitu tempat Khadijah dikebumikan.
 
Kisah 5: Halah
 
Halah ke Madinah ingin bertemu dengan adik iparnya Rasulullah saw, mengetuk pintu dengan cara yang sama dengan Khadijah sambil berteriak “Haza Halah, haza Halah!”
 
Hadith merakamkan Nabi Muhammad melompat mendengar ketukan itu, lalu bersembang berborak dengan Halah.
 
IBRAH KISAH KHADIJAH
 Tujuan perkahwinan; cinta dan perkahwinan atas dasar perjuangan
 
1. Allah swt tidak melihat kepada kemenangan tetapi usaha; Khadijah tidak sempat berpuasa Ramadhan, bertawwaf membuka Makkah, mendengar Quran sepenuhnya)
 2. Kisah Khadijah menggambarkan keperibadian Nabi, yang menjadi teras kepada agama, akhlak Nabi ialah Islam;
 3. Khadijah ialah potensi sebenar wanita;
 
Islam ialah akhlak, akhlak ialah islam; Islam ialah perangai yang baik.
 
Intelektual - berdasarkan susunan ayat ketika Wahyu ke-2, psychological science, marketing and business skills
 Fizikal - sihat dan subur; sehingga melahirkan 9 orang anak
 Emosional - Khadijah adalah seorang yang membenarkan
 Spiritual - wanita pertama masuk Islam, dan menunjukkan kepercayaan begitu tinggi dengan tuhanNya Allah swt dan mesej Nabi Muhammad SAW
 
Oleh: Farhana Roslan
 Nota Penuh:

 

3 thoughts on “Nota SIM 6/2016: Khadijah Binti Khuwailid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *