Mesyuarat Agung Tahunan MIZAN kali ke-5

event, news
Mesyuarat Agung Tahunan MIZAN kali ke-5 telah berlangsung pada hari Ahad, 14 April 2019 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di The Parley Event Space, Putrajaya.
 
Mesyuarat ini dihadiri oleh seramai 22 orang ahli MIZAN dimulakan ucapan aluan daripada Pengerusi MIZAN 2015-2017 dan diikuti pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari sesi 2017-2019 dan diikuti oleh laporan aktiviti 2018 oleh Setiausaha sesi 2015-2017, Nurul Erna Dewi binti Mohd Said. Laporan telah disahkan serta disokong oleh ahli yang hadir.
 
Pengerusi MIZAN, Farwina Faroque kemudiannya mengumumkan pembubaran jawatan AJK MIZAN bagi sesi 2017-2019 bagi melantik barisan kepimpinan yang baharu.
 
Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK MIZAN sesi 2019-2021. Berikut adalah keputusan daripada sesi pelantikan berkenaan:
 
Pengerusi : Farwina Faroque
Timbalan Pengerusi : Farhana Roslan
Setiausaha : Nurul Erna Dewi Mohd Said
Penolong Setiausaha : Suzilawati Abdullah
Bendahari : Mastura Mas’ud
 
4 orang exco turut dilantik iaitu Syafiqa Zainuddin, Arniza Khairani Mohd Jamil, Suhaili Mohd Ab Khalid dan Norfaezah Azmi manakala Siti Hafizah Zakaria telah dilantik sebagai Juruaudit MIZAN bagi sesi 2019-2021.
 
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi MIZAN sesi 2019-2021.
 
Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian motivasi oleh Puan Leena Idrus yang juga merupakan naqibah MIZAN.
 
Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2019-2021. Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah.
 
Disediakan oleh
 
Nurul Erna Dewi Binti Mohd Said
Setiausaha MIZAN 2019-2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.