Kompas Surah Wanita – Surah At-Tahrim

news

KAJANG, 13 Ogos 2017 – Seminar Ilmu MIZAN 2017 (SIM2017) kembali lagi dengan membawakan tema Kompas Surah Wanita. Sesi yang pertama telah diadakan pada Ahad, 13 Ogos 2017 dan masih mengekalkan Ustaz Syaari Ab Rahman sebagai fasilitator. Seramai 30 orang peserta telah menyertai sesi pada kali ini.

SIM2017 telah memasuki musim kedua dengan objektif yang sama untuk memperkenalkan surah-surah berkaitan dengan wanita khususnya dalam kehidupan hari ini. Tujuan utama SIM2017 adalah untuk mendidik dan memberi pengetahuan tentang pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan panduan berdasarkan surah-surah yang dikupaskan.

Surah At Tahrim telah membuka tirai SIM2017 dengan kupasan berkenaan peranan wanita dalam berumahtangga yang tidak keterlaluan dalam menuntut perhatian suami, sebaliknya mestilah taat dan mendengar nasihat sebaiknya daripada suami dalam perkara yang berkaitan dengan agama. 

Dalam surah ini juga turut memesan, sekiranya ada orang yang telah membuat kesilapan, jangan dedahkan keaibannya. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain akan menghindarkan dari kemudaratan kerana kita tidak mengetahui kebarangkalian orang itu telah bertaubat dan mendapat keampunan Allah sedangkan kita yang sedang berbicara tentang keburukan dia berterusan membuat kemusnahan. Dikhuatiri menjadi fitnah.

Sebanyak 5 sesi dengan Surah dan Ibrah yang berbeza akan dibentangkan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman telah dijadualkan sehingga Disember 2017.

MIZAN mengalu-alukan penyertaan dari semua pihak untuk bersama mengimarahkan majlis ilmu ini. Semoga dengan kehadiran dan penyertaan anda akan memberikan impak yang positif dengan mengambil pengajaran dan pengetahuan tentang Surah dan Tajuk yang dibincangkan.

Kemaskini program boleh didapati dengan mengikuti laman media social MIZAN seperti di bawah.

Facebook : MIZANKL

Instragram : @mizan.sisters

WhatsApp : 019 3147414 ( Nur)

DSC_0061a

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *