Kompas Surah Wanita – Surah An-Nur

Lain-lain

KAJANG, 10 September 2017 – Seminar Ilmu MIZAN 2017 (SIM2017. Sesi kedua telah diadakan pada Ahad, 10 September 2017 dengan mengupas Surah An Nur yang banyak memberi pengajaran serta peringatan kepada masyarakat hari ini khususnya wanita.

SIM 2017 telah dikendalikan oleh Ustaz Syaari Ab. Rahman dan mendapat sokongan dan respon yang baik dari peserta yang hadir pada hari tersebut dengan bertanya pelbagai soalan dan kemusykilan yang memerlukan penjelasan dan pencerahan (tabayyun) dari fasilitator.

Ustaz Syaari mengambil pendekatan komunikasi dua hala di mana peserta bebas bertanya dan berkongsi idea untuk sama-sama dimanfaatkan dengan peserta yang lain.

SIM 2017 seterusnya akan diadakan pada 15 Oktober 2017 dengan kupasan dari Surah An Nisa’.

MIZAN mengalu-alukan penyertaan dari semua pihak untuk bersama mengimarahkan majlis ilmu ini. Semoga dengan kehadiran dan penyertaan anda akan memberikan impak yang positif dengan mengambil pengajaran dan pengetahuan tentang Surah dan Tajuk yang dibincangkan.

Posted by Muslimah Interest Zone And Networking Association Kuala Lumpur on 14hb September 2017

Posted by Muslimah Interest Zone And Networking Association Kuala Lumpur on 14hb September 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *