Kompas Surah Wanita – Surah al-Mumtahanah

Article

KOMPAS SURAH WANITA (SIRI ILMU MIZAN)

SURAH AL MUMTAHANAH

Seseorang boleh dikira sebagai pakar tafsir, belum tentu dia bertadabbur tetapi seorang yang baru pertama kali mendengar satu surah

Tafsir dan takwil membabitkan akal dan proses memahami tetapi tadabbur membabitkan hati (Dalil: Surah Muhammad, Ayat ? “Afala yatadabbarun..”

Dua bahagian: Ayat 1-6 terdapat larangan; Ayat 7-13 terdapat suruhan

Larangan: Jangan berkompromi, cenderung kepada musuh Islam (non-Muslim yang digelar Kafir). Ciri utama kafir ialah orang yang telah melihat bukti Islam dalam Quran atau penyampai Quran tetapi tidak menerimanya atas pelbagai sebab, termasuklah sebab tidak percaya kepada penyampai itu

Pengajaran: Pentingnya akhlak dan pembawakan seorang penyampai Al Quran

Suruhan: Menunjukkan akhlak yang baik kepada non-Muslim (bukan semua non-Muslim, e.g. Qawmun la Yafqahun, Qawmun la Ya’qilun, Qawmun la Yasma’un)

Tujuh (7) sebab Ustaz Syaari jatuh cinta dengan surah ini:

  1. Motivasi kepada pendosa. Menegur kesilapan seorang sahabah (bukan calang-calang sahabat; Ahlul Badar [313 orang]; Ahli majlis syura peperangan Rasulullah saw; golongan yang terpilih; dosa mereka yang telah berlalu dan yang akan datang) (Hatib)

Pengajaran: Motivasi untuk pendosa. Syurga bukan untuk orang yang sempurna dan tidak pernah berbuat dosa, syurga untuk mereka yang bertaubat;

  1. Quran sebagai teguran. “Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?” Surah Muhammad Ayat 24 (47:24)

Allah swt mengetahui kesilapan Hatib sebelum kesilapan itu dilakukan. Al Quran bersama Injil, Taurat, Zaabur, Suhuf, telah lengkap di Lauh Mahfuz. Firman Allah swt bukan respon kepada sesuatu yang dilakukan oleh umatnya, yang tidak diketahui-Nya sebelumnya.

Pengajaran: Quran telah dicipta sebagai teguran untuk dosa-dosa kita dan turun menegur kita ketika waktu yang sesuai. Kita hanya perlu mencari.

  1. Allah swt melengkapkan strategi Rasulullah s.a.w. Allah swt menghantar backup information tentang surat yang bakal sampai ke tangan pimpinan Makkah walaupun Rasulullah saw telah mengatur strategi rahsia untuk ke Makkah untuk mengelakkan pertumpahan darah. (Hatib leak strategi Rasulullah saw dengan menghantar surat, tetapi seorang wanita yang bakal menyelamatkan keadaan).

Pengajaran: Walaupun telah mengatur strategi akan ada yang terlepas pandang. Hanya Allah swt yang boleh membantu.

  1. Rumusan konsep Jihad. Cara memahami konsep jihad secara ringkas terdapat dalam Surah Al-Mumtahanah. Terdapat dua panji hitam yang akan muncul satu yang fasiq satu yang benar. Mungkin ISIS menunjukkan kemunculan panji hitam yang pertama, sebelum kemunculan panji hitam Imam Mahdi suatu hari nanti?
  2. Jangan bosan dengan kisah Nabi Ibrahim s.a.w. Ucapan dan istighfar Nabi Ibrahim s.a.w. dalam api atau sejurus selepas keluar dari api muncul dalam Surah Al Mumtahanah, walaupun Surah Maryam dan Surah Tahrim juga mengandungi istighfar Nabi Ibrahim.

Pengajaran: Berdoalah meminta keampunan dan hidayah kepada seluruh umat manusia, terutamanya ahli keluarga

  1. Doa رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِرۡ لَنَا رَبَّنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
  2. Hijrah Muslimah. Allah swt menjelaskan tentang Mujahiraat, agenda hijrah untuk Muslimah.

 


 

TADABBUR (5T)

BAHAGIAN I

Ayat 1:

Orang beriman dilarang mengambil musuh Allah swt dan musuh kamu (definisi Kafir) sebagai Auliyaa’ (pelindung, pemimpin)

  • Hatib hanya menghantar surat untuk menyelamatkan ahli keluarganya di Makkah jika tentera Muslim mara memasuki Makkah. Mengikut riwayat, beliau cuba defend diri dan diterima Rasulullah saw, walaupun amaran Allah swt itu keras.
  • Pengajarannya, kita fikirkan semula adakah semua tindak tanduk kita membantu kepada Islam atau menimbulkan fitnah atau memecahbelahkan orang Islam, terutamanya di media sosial.

Ayat 2:

Sekiranya surat itu sampai ke tangan pimpinan Makkah, tangan mereka akan menyiksa fisikal anda dan lidah mereka akan menyiksa minda anda

  • Dalam senario alternatif, Allah swt menggambarkan dalam pengetahuanNya perkara yang bakal berlaku sekiranya surat itu sampai ke tangan musyrikeen Makkah
  • Pengajarannya, amalan soleh yang ikhlas sebagaimana kecil, boleh membantu menolak bala daripada kita. Keikhlasan Hatib dalam peperangan Badr sebagai perlindungan beliau dan kerajaan Islam Madinah dari pertumpahan darah sia-sia sekiranya

Ayat 3:

Keluarga kamu tidak akan memberi sebarang kebaikan pada hari kebangkitan

  • Hubungan kekeluargaan akan terputus serta merta apabila bangkit dari kubur pada hari kebangkitan. Pada saat kebangkitan, ketawa menangis, buta tuli, warna kulit, semuanya bergantung kepada amalan. Tetapi untuk orang beriman, selepas dihisab akan bersatu semula dengan ahli keluarga tersayang yang juga beriman
  • Pengajarannya, apa guna keluarga tersayang jika bukan terbina di atas iman dan untuk bersatu semula pada hari pembalasan
  • Allah swt melarang Umar RA menyalahkan Hatib tetapi larangan keras Allah swt terhadap
  • Pengajarannya, 1) metodologi pendidikan Allah swt. Kesalahan dan larangan dalam hukum asal tetapi ada situasi di mana penggunaannya tidak salah. 2) Jangan mudah menyalahkan orang dalam organisasi kita (collective responsibility)

 

Larangan 1:     Jangan menjalin hubungan dengan musuh

Larangan 2:     Jangan mudah menyalahkan ahli organisasi

Larangan 3:     Jangan ingat keluarga boleh membawa kebaikan pada hari kebangkitan

 

Ayat 4:

Ambillah teladan Uswah Hasanah orang sebelum mu Ibrahim AS dan “orang-orang yang bersamanya”

  • Pengajaran dari Nabi Ibrahim AS, tidak menjalin hubungan dengan Kafir Harbi. Penerangan spesis manusia yang bagaimana yang dikira kafir (musuh), bukan semua non-Muslim. Orang-orang yang bersamanya termasuklah Lut, Sarah isteri pertamanya, para Anbiyaa’ selepasnya dan orang-orang beriman yang bukan pada zamannya sekalipun keturunan Yaaqub bin Ishaq bin Ibrahim

Kecuali perkataan Nabi Ibrahim (istighfar) kepada ayahnya (ini bukan Uswah Hasanah)

  • Pengajaran, bukan meminta Allah swt memaafkan ayahnya yang kafir itu tetapi sebenarnya meminta Allah swt menerima ayahnya dengan membuka pintu hati ayahnya menerima agama Allah swt (istighfar ialah bahasa). Namun Allah swt tidak menyukainya kerana dengan pengetahuan Allah swt tentang masa hadapan di mana Azar (ayah Ibrahim) tidak akan beriman. Tetapi ada hak Nabi Ibrahim berbuat sedemikan kerana beliau tidak mengetahui masa hadapan. Buktinya, dalam Surah At Taubah Nabi Ibrahim berhenti beristighfar kepada ayahnya setelah kematian ayahnya dalam kekufuran

Ayat 5:

Jangan jadikan kami menjadi bahan torture kafir, lemah diketawai musuh-musuh Allah swt.

  • Doa ini bermula dengan rabbana, dan berakhir dengan rabbana. Dosa menjadi punca umat Islam berpecah. Pertama, jangan jadikan kami lemah. Kedua, jangan jadikan kami menjadi sebab Islam difitnah (dawah bil haal > dawah bil lisan)


 

BAHAGIAN II

Ayat 7:

“Mungkin” Allah akan menjadikan orang yang memusuhi mereka, kamu akan berkasih sayang dengan mereka

  • ‘Asa yang dinisbahkan kepada Allah swt ialah suatu kepastian, bukan “moga-moga” seperti sesama umat manusia untuk perkara yang tidak pasti.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

  • Nabi tidak berjiwa kerdil, baginda mendoakan musuhnya

Ayat 8:

Allah tidak melarang kamu menjadikan kawanmu orang yang berbuat baik dan berlaku adil kepada kamu

Ayat 9:

Allah hanya melarang kamu menjadikan kawan orang-orang yang memerangimu dan mengusir kamu dari negerimu

  • Pengajarannya, ada tempat kena sayang kerana Allah, ada tempat kena benci kerana Allah. Benci dan sayang berpada-pada.

Ayat 10:

Apabila wanita berhijrah, harus uji keimanan mereka dahulu

  • Untuk menguji tujuan sebenar berhijrah, adakah untuk memelihara keimanan yang di bawah ancaman jika tinggal menetap di Makkah. Tiada konsep perjanjian hudaibiyyah (pulangkan kembali ke Makkah) ke atas wanita. Ayaat ini menyokong pandangan Rasulullah. Antara nama-nama muslimaat yang berhijrah ke Madinah dari Makkah, antaranya isteri Abdul Rahman bin Auf, yang menyembunyikan keimanannya apabila tidak dapat berhijrah bersama suaminya terlebih dahulu. Ada kemungkinan juga, golongan wanita secara
  • Pengajarannya, Allah swt mengetahui nature wanita yang mudah goyah dan terancam keimanannya jia tinggal di Makkah, maka wanita tidak tertakluk kepada perjanjian Hudaibiyah untuk memulangkan semula orang beriman ke Makkah. Terletak kisah wanita ini dalam surah Mumtahanah pula berkaitan dengan kisah pembocoran rahsia Hatib pada bahagian awal surah ini. Ada kemungkinan para wanita ini juga sebagai spy maka disuruh diuji dahulu wanita-wanita ini.

Ayat 12:

Wanita yang berbaiah; tidak menyutukan kepada Allah (tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak, berbuat dusta yang diadakan dengan tangan dan kaki mereka, mendurhakai Rasulullah)

  • Kaitan mencuri dengan menyekutukan dengan Allah swt = menempatkan tuhan pada suatu tempat, membataskan penglihatan Allah, ada yang Allah swt tidak dapat lihat;
  • Kaitan zina dengan mencuri dengan menyekutukan Allah swt = mengambil perkara yang bukan hak kita;
  • Kaitan membunuh anak dengan zina = hilangnya sensitivity terhadap kesucian wanita yang diambilnya apatah lagi anak-anak (berzina itu seperti “membunuh” juga);
  • Kaitan mendustai dan menjatuhkan maruah orang dengan membunuh anak/berzina = hilangnya hormat dan peduli terhadap maruah diri dan keluarga, maka tiada hormat untuk menjatuhkan maruah lelaki yang tidak bersalah dengan cara menuduh zina;
  • Bai’ah wanita ini mungkin merujuk kepada beberapa insiden bai’ah bukan pada suatu masa spesifik. Mungkin juga merujuk kepada bai’ah beberapa wanita dari Makkah termasuklah isteri kepada Abdul Rahman bin Auf, dan Ummi Kalthum

Ayat 13:

Jangan menjadikan orang yang dimurkai Allah swt sebagai penolong, orang yang berputus asa kepada Akhirat

  • Jangan pula mengambil orang Yahudi di Madinah sebagai pemimpin. Allah swt melarang menjadikan orang Quraisy pada awal Surah Al Mumtahanah, dan diakhiri dengan orang Yahudi pula (surah seterusnya As Saff menceritakan kemungkaran orang Yahudi kepada Nabi Musa, dan orang yang mengatakan apa yang tidak dilakukan – iaitu bai’ah di penghujung Surah Al Mumtahanah)

Amin Ya Rabbal A’lamin

Disediakan oleh:  Farhana Roslan; Naib Presiden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *