Kenyataan Tentang Menteri & Timbalan Menteri Agama Baharu

press release


Muslimah Interest Zone And Networking (MIZAN) ingin menyatakan pendirian kami menyokong penuh 2 tokoh yang telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang baharu, iaitu YB Dr Mujahid Yusof Rawa dan YB Fuziah Salleh.

Pelantikan ini adalah amat bertepatan, sesuai dengan latarbelakang pendidikan dan gerak kerja kemasyarakatan yang telah mereka libatkan diri sebelum ini.

MIZAN ingin menzahirkan sokongan padu kepada kedua-dua tokoh ini dan yakin mereka akan menjalankan amanah yang diberikan demi membendung dan mengubat kacau-bilau di kalangan agamawan dan Muslimin Muslimat di Malaysia pada masa kini, yang jauh tersasar dari landasan Islam sebenar.

“…serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Hujuraat 49:9)

Semoga dengan pelantikan ini Malaysia Baharu akan lebih gemilang dan sukses.

Farwina Faroque
Presiden
Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
6 Julai 2018

#Malaysia #MalaysiaBaharu #MIZAN #MIZANsisters #SpreadMoreLoveDoMoreGood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.