Kenyataan Presiden – Isu Keganasan Rumahtangga Sepanjang PKP

news, press release
MIZAN telah membaca cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkenaan isu menghadapi keganasan rumahtangga di kalangan rakyat Malaysia khususnya wanita pada 9 April 2020.
 
Cadangan yang diberikan amat baik dan juga berlandaskan saranan Nabi SAW. Ianya adalah praktikal bagi kehidupan sebuah keluarga normal yang dianggotai oleh individu dengan nilai amanah yang tinggi untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli keluarga yang positif.
 
Namun, kami sebagai NGO wanita ingin mencadangkan agar YBhg Dato’ sebagai Timbalan Menteri agar mengetengahkan solusi yang lebih besar seperti peruntukan yang lebih banyak untuk menyediakan rumah perlindungan bagi menempatkan mangsa yang dicederakan, sama ada secara fizikal mahupun emosi oleh pasangan mereka.
 
Pihak YBhg Dato’ juga perlu memandang dengan lebih serius untuk menyediakan perkhidmatan bantuan petugas 24 jam yang boleh segera menyelamatkan mangsa-mangsa keganasan rumahtangga ini.
 
Kami faham, kekangan dari pihak YBhg Dato’ untuk menjalankan tugas disebabkan fokus diberikan untuk isu COVID-19 yang juga kritikal ketika ini. Oleh itu, izinkan MIZAN mencadangkan agar YBhg Dato’ untuk mengenalpasti NGO-NGO wanita yang aktif dan giat memainkan peranan membantu mangsa yang teraniaya dan mendapatkan pandangan daripada wakil NGO tersebut berkenaan isu ini seterusnya ia boleh diambil tindakan oleh pihak kementerian Ybhg Dato’.
 
Terdapat beberapa NGO wanita yang aktif dan dekat dengan kes-kes sebegini seperti Women Aids Organization (WAO), Telenisa, Family Empowerment (FAME) dan sebagainya, yang boleh menjadi tempat rujuk agar semua pihak mendapat kebaikan dan penyelesaian yang ‘win-win’.
 
Semoga Allah memudahkan urusan YBhg Dato’ dan pasukan dan semoga semua yang tertindas mendapat pembelaan segera.
 
Farwina Faroque
Presiden
MIZAN
www.mizan.my
video rujukan:  https://www.instagram.com/tv/B-yGo2EHTUT/?utm_source=ig_web_copy_link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.