KENYATAAN MEDIA : PERTEMUAN WAKIL-WAKIL NGO DENGAN YB HANNAH YEOH, TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DAN KENYATAAN BERSAMA FAME (FAMILY EMPOWERMENT SOCIETY), HELWA (HAL EHWAL WANITA) ABIM & MIZAN (MUSLIMAH INTEREST ZONE AND NETWORKING)

Campaign, press release


KENYATAAN MEDIA : PERTEMUAN WAKIL-WAKIL NGO DENGAN YB HANNAH YEOH, TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DAN KENYATAAN BERSAMA FAME (FAMILY EMPOWERMENT SOCIETY), HELWA (HAL EHWAL WANITA) ABIM & MIZAN (MUSLIMAH INTEREST ZONE AND NETWORKING)

6 JULAI 2018

Dalam pertemuan bersama YB Hannah Yeoh, perbincangan telah tertumpu kepada beberapa isu berkaitan hak kanak-kanak dan undang-undang seputar Akta Kanak-kanak serta isu kebajikan kanak-kanak secara keseluruhannya. Terdapat gesaan daripada sesetengah pihak-pihak agar pihak Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mengambil perhatian serta tindakan serius dalam isu yang melibatkan kebajikan kanak-kanak. Dalam masa yang sama YBTM juga berpandangan bahawa NGO di dalam masyarakat sivil mesti berpatisipasi secara aktif dalam program kesedaran dan advokasi yang melibatkan kepentingan kanak-kanak
Berikut adalah isu-isu yang dibincangkan oleh pihak kami bersama YBTM yang memerlukan kepada tindakan kolektif segera dan advokasi masyarakat sivil:-

Bahawa kami menyambut baik saranan YBTM dan pihak Kerajaan Malaysia khususnya berkaitan kepentingan kewujudan Pusat Jagaan kanak-kanak di semua agensi kerajaan sebagai sistem sokongan kepada penjawat-penjawat awam yang yang sedang berkhidmat. Pertimbangan kini adalah memastikan operator-operator Pusat Jagaan Kanak-kanak mampu menyediakan perkhidmatan, mempunyai skil dan kemahiran dalam penjagaan kanak-kanak.

Pihak kami juga menyokong anjuran YBTM pendirian tegas KPWKM yang menyarankan Cadangan Pindaan terhadap Akta Kanak-kanak khususnya berkaitan Daftar Kanak-kanak yang memerlukan pindaan yang lebih extensive khususnya berkaitan rekod pesalah jenayah kanak-kanak . Tumpuan pindaan adalah kepada pelaksanaan sistem daftar kanak-kanak yang lebih berpusat (centralized) dan mudah diakses oleh orang awam. Ini bagi memastikan masyarakat awam dapat memastikan proses seliaan dan pantauan khususnya oleh majikan (Operator Pusat Jagaan kanak-kanak) yang mahu mengambil pekerja dapat mengakses Daftar kanak-kanak ini atau ibu bapa yang mahu mengambil pengasuh juga mempunyai akses yang sama untuk membuat semakan di Daftar kanak-kanak.

Saranan seterusnya yang dipersetujui dan pada pandangan kami wajar diangkat adalah pemisahan fungsi serta peranan Agensi Kanak-kanak yang sepatutnya diasingkan daripada tugas dan fokus lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada pandangan kami tugas Agensi kanak-kanak ini sangat besar dan mencabar serta memerlukan pasukan khas yang boleh menumpukan fokus kepada agenda kanak-kanak. Kami juga menyambut baik dan memberikan sokongan penuh kepada saranan YBTM untuk penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak yang akan berfungsi sebagai kumpulan profesional yang akan memantau isu kanak-kanak di Malaysia dengan lebih efiseyen dan efektif.

Pihak kami juga telah membawa perhatian YBTM kepada beberapa kes berkaitan kanak-kanak yang memerlukan tindakan segera dan advokasi lobi yang aktif daripada NGO iaitu:-
Kes seorang ibu yang dituduh membuat laporan palsu sedangkan beliau membuat laporan polis berkaitan kes anaknya dicabul. Pihak kami memandangn serius isu ini kerana kes ini memberikan kesan yang besar kepada advokasi kami kepada ibu bapa. Ketika ini advokasi kami tertumpu kepada menggalakkan ibu bapa tampil membuat laporan berkaitan jenayah seksual yang berlaku terhadap anak-anak mereka. Namun demikian kes ini telah menimbulkan ketakutan di kalangan ibu bapa kerana pertuduhan yang dikenakan terhadap ibu tersebut.

Pihak kami juga mahu memandang serius isu perkahwinan bawah umur secara keseluruhannya yang bukan sahaja setakat pindaan undang-undang tetapi juga kebajikan keseluruhan anak-anak di bawah umur termasuk isu kesihatan, pendidikan, kemiskinan dan literasi pendidikan reproduktif.

Kami juga telah membawa perhatian YBTM terhadap kes-kes pendakwaan yang berkaitan kes jenayah seksual kanak-kanak yang belum didakwa sehingga kini termasuk kes-kes berprofil tinggi. Kes-kes tersebut menunjukkan bahawa terdapat keperluan kes-kes pendakwaan terhadap kes kanak-kanak dipercepatkan prosesnya demi kebajikan kanak-kanak tersebut.

Di akhir perbincangan, YBTM telah menganjurkan agar peranan NGO termasuk NGO yang melibatkan wanita-wanita muda seperti kami meningkatkan peranan dan partisipasi kami dengan lebih aktif dalam melaksanakan program-program pendidikan masyarakat khususnya literasi undang-undang kanak-kanak dan keluarga.

FAMILY EMPOWERMENT SOCIETY (FAME) – familyempowerment.info@gmail.com,
Facebook: Family Empowerment

MIZAN – farwina@mizan.my
Instagram & Facebook: MIZANsistersOfficial, Twitter: MIZANsistersOfc,
Laman Sesawang: www.mizan.my

HELWA ABIM – helwaabim@abim.com.my, Facebook: HELWA ABIM Malaysia,
Instagram: HELWA ABIM
Emel: helwaabimpusat@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.