IMG_20170610_220806 (1280x960)

Iftar & Tarawih bersama Puteri-puteri Raudhatus Sakinah

event, news

SELANGOR, 11 Jun 2017 – MIZAN amat berbesar hati menyantuni para pelatih Raudhatus Sakinah bagi program Iftar & Tarawih bersama Puteri-puteri Raudhatus Sakinah.

Program telah dimulakan dengan sesi tadarus interaktif, solat asar berjemaah, tazkirah oleh Ustaz Abdul Muhaimin, iftar dan maghrib berjemaah, makan malam, isyak dan tarawih berjemaah dan diakhiri dengan moreh.

MIZAN juga amat berbesar hati di atas peluang bertaaruf bersama warden-warden Raudhatus Sakinah dan mengambil pengajaran dan semangat perjuangan mereka yang kental di dalam membimbing para pelatih RS yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang isu sosial. Para warden terpaksa mengorbankan masa senggang dan waktu lapang bersama keluarga, termasuk ketika Aidilfitri demi kecintaan terhadap para pelatih yang memerlukan perhatian dan bantuan mereka.

Semoga Allah mengganjari syurga buat warden-warden yang banyak berkorban dan para pelatih yang diuji dengan dugaan besar sebegini.

Sumbangan awam sebanyak RM2,355.00 telah disampaikan kepada pihak RS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada setiap sen yang disumbangkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala kalian.

IMG_20170611_120301 (263x350) (2) IMG_20170610_220806 (350x263) IMG_20170610_174035 (350x263) IMG_20170610_171231 (350x263) IMG_20170610_163416 (350x263)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *