IFTAR & TARAWIH – BERSAMA PUTERI-PUTERI RAUDHATUS SAKINAH

Campaign , , , ,

IMG-20170522-WA0015

Ramadhan ini, kami akan berbuka di Raudhatus Sakinah.  Adakah kalian pernah dengar? Ia ialah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak gadis yang perlu dilindungi dari masalah sosial; menyantuni hak mereka untuk dirawati dan memulihkan menjadi masyarakat yang cemerlang.

Kami akan ke Raudhatus Sakinah (RS) untuk bersama-sama mereka, berbuka puasa, bersolat tarawih dan beraktiviti dengan mereka.

Anda dijemput untuk bersama kami,  Terhad kepada 20 orang peserta sahaja.  Walaubagaimanapun, kami amat memerlukan sokongan, dokongan dan bantuan anda untuk memberikan sebarang bentuk sumbangan, tidak terhad kepada RM20, tetapi sebarang sumbangan ikhlas untuk disalurkan kepada mereka sebagai tanda sokongan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank *MIZAN Management : 562834645659* / Emel : admin@mizan.my.

Mohon disebarluaskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *