FBLIVE – PKP: ADA JALAN KELUAR TAK?

Lain-lain

Kini kita memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Ke-4. Pelbagai suka dan duka diharungi dan dihadapi oleh setiap dari kita.

Keadaan kita tidak sama, mungkin ada yang gembira bersama dengan keluarga. Dan mungkin ada yang sedang berdepan dengan cabaran sepanjang tempoh ini dilaksanakan.

MIZAN membawakan satu diskusi untuk membantu wanita-wanita yang sedang berdepan dengan cabaran isu rumahtangga bersama Puan Fadhlina Siddiq yang merupakan Penasihat MIZAN.

Ayuh ikuti jawapan dan penerangan berkaitan isu ini pada 3 Mei 2020 jam 10.00 pagi, live di FB MIZANSistersOfficial

Poin-poin penting di dalam perbincangan:

1. Kerajaan Selangor menyediakan bantuan makanan & nafkah bagi ibu dan kanak-kanak melalui dana nafkah (dikendalikan Jabatan Syariah Selangor), untuk memastikan kebajikan kanak-kanak dilindungi dan dipelihara utk mereka yang tidak mampu (hilang pendapatan ketika PKP)

2. Bekas suami sengaja tidak membayar sedangkan mampu – perintah kekal berjalan seperti biasa; melainkan terdapat perintah mahkamah mengubah atau membatalkan perintah tersebut. Ibu boleh ubah perintah melalui mahkamah setelah tamat PKP, dan saman.

3. Dapatkan kebenaran balai polis untuk dapatkan perintah interstate (tiada masalah jika dalam daerah sama / radius 10 km)

4. Dalam tempoh PKP, penderaan emosi & fizikal terhadap kanak-kanak boleh diadukan melalui talian 15999, membuat laporan polis dan laporan perubatan. Di Selangor fungsi keseluruhan sistem sokongan berkaitan penderaan masih berjalan.

5. Bekas suami gagal beri nafkah? Rekodkan jumlah yang tidak dibayar. PKP tamat – jalankan prosiding.

6. Gunakan medium alternatif (media sosial, telefon) untuk memastikan anak selamat dengan bekas pasangan.

7. Wali mesti mengambil tangunggjawab melindungi anak perempuan dari keganasan oleh suami.

8. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan perlindungan bagi kes keganasan rumahtangga di hotel-hotel tertentu sekiranya rumah perlindungan penuh. Diharapkan kerajaan negeri-negeri lain & kerajaan pusat mengambil inisiatif yang sama.

9. Kes keganasan rumahtangga meningkat sepanjang PKP.

10. Jiran juga memainkan peranan untuk membuat aduan terhadap kes penderaan emosi & fizikal.

11. Diharapkan ehsan terhadap anak-anak oleh ibu bapa.

12. Didera suami ketika PKP – dapatkan perlindungan segera. Hubungi 15999.

13. Poligami? Semak perintah poligami dari mahkamah syariah. Dalam perintah berkenaan disebut dengan jelas nafkah isteri sedia ada, nafkah anak dan tempat tinggal dan nafkah isteri lain dan hak bermalam. Perintah nafkah isteri-isteri berjalan seperti biasa ketika PKP. Menjadi kesalahan jika tidak ditunaikan. Jika tidak dapat dijalankan kerana hilang pendapatan ketika PKP, mesti lakukan ubah perintah.

14. Hak giliran bermalam – ramai membuat aduan suami tidak pulang ketika PKP. Terkini, suami boleh memohon kebenaran perjalanan utk menunaikan hak giliran bermalam.

15. Hubungi talian kaunseling untuk bantuan psikologi. Rujuk http://mizan.my/bantuan-ketika-covid-19 untuk senarai nombor yang boleh dihubungi.

www.mizan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.