shutterstock_271332740

Demi Masa

Article , , , , ,

DEMI MASA!shutterstock_271332740

MEMAHAMI & MENGHARGAI Al Quran tidaklah sama. Kita mungkin MEMAHAMI petunjuknya, namun belum tentu MENGHARGAI kemukjizatannya.

Memahami itu sekadar menerima dan pasif tanpa tindakan. Manakala Menghargai memerlukan tindakan yang membuktikan kita benar-benar tahu tentang apa yang diperkatakan.

Surah AL ASR merupakan Surah ke 103 yang mempunyai 3 ayat dan kedudukannya adalah dalam Juzu’ Amma.

Surah AL ASR ini sering dibacakan setelah tamat satu majlis oleh segelintir Muslim. Namun, apakah ibrah disebalik bacaan ini? Kedudukan Surah Al Asr dalam Hadith menyatakan bahawa “Dua orang sahabat tidak akan berpisah melainkan salah seorang di antara mereka membaca Surah Al Asr antara satu sama lain sebelum mengucapkan salam”.

عَنْ أَبِي مَدِينَةَ الدَّارِمِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَيَا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ثُمَّ يُسَلِّمُ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ
5120 المعجم الأوسط للطبراني باب الميم من اسمه محمد محمد بن هشام بن أبي الدميك المستملي
المحدث الهيثمي خلاصة حكم المحدث رجاله رجال الصحيح
(Sumber: Mu’jam Al-Awsat 5120, Gred: Sahih menurut Al-Haythami)

Mengapa ia dibacakan apabila tamat majlis atau berpisah?

وَالْعَصْرِ
Demi Masa

Ayat pertama dalam Surah Al Asr menerangkan tentang menghargai masa. Pada waktu Asar adalah penghujung atau penutup untuk satu hari. Ini digambarkan seolah-seolah hari Kiamat di mana semua manusia berlari-lari dan berlumba untuk kembali ke tempat asal iaitu rumah masing-masing. Dalam tempoh 23 tahun, Rasulullah menghargai usianya dengan menyebarkan dakwah. Sepanjang usia kita, apakah perkara yang telah dimanfaatkan pada umur tersebut?

bs-repent-man-silhouetteBERTAUBAT selagi mana kita ada masa untuk berbuat demikian. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Teruskan dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat untuk dijadikan saham akhirat.

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian

Setelah melalui hari yang penuh dengan kepelbagaian rutin harian, waktu Asar adalah masa untuk bermuhasabah dan menilai kembali apakah masa yang telah digunakan bermanfaat atau disia-siakan.

Manusia seringkali lalai dengan tindakan yang dilakukan. Waktu Asar adalah penghujung hari di mana ia adalah muhasabah diri serta penilaian terhadap apa yang telah kita lakukan sejak waktu Subuh. Ketika inilah masanya untuk manusia menentukan penggunaan masa yang telah dimanfaatkan atau disia-siakan.

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ketiga ini berpesan agar manusia sentiasa beramal soleh serta memberi pesanan dengan kebenaran dan sabar agar masa yang diberikan itu memberi nilai yang sangat berharga untuk setiap manusia yang lain juga.  Hendaklah kita berusaha untuk ikhlas dalam menyebarkan kebaikan dan manfaat kepada manusia yang lain.

o-HELPING-OTHERS-facebookBerpesan-pesan dengan isi Al Quran untuk dijadikan panduan dan beramal dengan Al Quran untuk menghargai setiap mutiara kata dari Al Quran.

 

 

 

Kesimpulan Surah As Asr

  • Solat Fardhu Asar adalah waktu yang amat berat untuk dilakukan kerana penat bekerja dan berurusan dunia seharian.
  • Masa Kerasulan, 23 tahun adalah tempoh Rasulullah manfaatkan masa dengan menyebarkan dakwah.
  • Masa di dunia adalah satu tempoh yang singkat yang takkan dikembalikan. Segeralah berTAUBAT. Yang berlalu biarkan ia berlalu, masa hadapan dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang lebih positif.
  • Waktu Asar adalah masa yang memutuskan dari sebarang amalan pekerjaan untuk mengabdikan kepada Allah swt.
  • Masa terakhir matahari sebelum tenggelam (Maghrib) iaitu menjelang kegelapan ( tidur) ummat akhir zaman.

Disediakan oleh Farhana Roslan, Syafiqa Zainuddin & Nurul Erna Dewi Mohd Said.

Slaid Penuh:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *