Bantu Kami Untuk Bantu Mereka (Kem Ramadhan In My Heart)

Campaign
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ada di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, niscaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, niscaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Hanya dengan RM280 tajaan untuk seorang peserta, kami sangat berbesar hati.
Setiap Ramadhan, anak-anak yatim diraikan dengan majlis berbuka puasa dan membeli-belah pakaian hari raya.
Pendekatan kami agak berbeza. Program kami rangkakan ini adalah untuk kebaikan anak-anak yang ditaja dan juga kepada anda sebagai penaja.
Anak-anak ini bukan hanya dapat menikmati jamuan berbuka yang dijanjikan pahala kepada si pemberi (iaitu anda) sebanyak pahala orang yang berpuasa itu, malah program ini dipadatkan dengan pelbagai majlis ilmu yang menjadi jariah (pahala berpanjangan) kepada anda sebagai penaja.
“Apabila meninggal seseorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: dari sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim)
Bayangkan dengan ilmu perbetulkan wudhuk dan solat ini membuatkan para peserta mengamalkannya saban hari sepanjang hayatnya, begitulah pahala anda peroleh mengalir bagaikan sungai tanpa ada putusnya.
Apatah lagi jika slot “GPS Hidup” yang memberi pandangan kepada para peserta tentang pentingnya memilih haluan hidup pada masa depan. Jika slot ini menjadi asbab untuk mereka terbuka hati memilih jalan soleh dan solehah…anda tidak terkecuali menjadi asbab dan penerima pahala jariah tersebut… Insha Allah.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
IMG-20170519-WA0000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *