BANTAHAN TERHADAP PENYEBARAN VIDEO LUCAH MENJELANG PRU 13

press release

Lokasi : Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor
18 April 2013Menjelang PRU Malaysia ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini, bahang kehangatan suasana berkempen semakin terasa. Semua parti politik terbabit merangka strategi untuk meraih sokongan dan mengalahkan lawan dalam perebutan kerusi DUN dan Parlimen.

 

Antara perkembangan terkini adalah meningkatnya aktiviti penyebaran video lucah yang dikatakan membabitkan beberapa individu pimpinan parti politik. Motif kepada perilaku terkutuk, tidak bermaruah dan pengecut tersebut jelas sekali bertujuan mahu mengaib, memalukan dan mengikis kredibiliti personaliti yang dikaitkan.

Kami, mewakili beberapa pertubuhan wanita dan individu persendirian yang tersenarai di bawah, sebulat suara MEMBANTAH KERAS aktiviti tidak bermoral ini dan mendesak agar perbuatan ini dihentikan serta merta oleh pihak berkenaan. Trend menyebarkan bahan tontonan berunsur lucah dan pornografi sebagai muslihat menjatuhkan lawan politik melambangkan kedangkalan tahap berfikir dan kerendahan moral kelompok yang terbabit.

Tindakan tersebut nyata bertentangan dengan nilai-nilai budaya bangsa dan ajaran Islam yang menekankan gaya hidup berakhlak mulia dan bersangka baik, yang merupakan ciri-ciri murni terpenting yang mesti ada dalam diri dan keperibadian seorang pemimpin yang layak dipilih.

Allah SWT yang Maha Suci menetapkan perbuatan zina sebagai salah satu dosa besar yang mesti dijauhi oleh manusia. Dalam masa yang sama, Allah SWT yang Maha Adil juga tidak sekali-kali membenarkan pertuduhan zina dibuat sewenang-wenangnya tanpa pembuktian
yang teliti, yang dibebankan di atas bahu pihak yang membuat tuduhan iaitu dengan kehadiran sekurang-kurangnya empat orang saksi.
Beban bukti yang dibawa ke hadapan sidang penghakiman mestilah dari kesaksian  yang paling berintegriti, bukannya rakaman kamera tersembunyi yang diketahui umum terlalu mudah boleh diubahsuai menurut kemahiran pakar menggunakan teknologi terkini. Rakaman video belum cukup kuat untuk membuktikan sesuatu pertuduhan zina, malah ada di kalangan ulamak yang menolaknya sebagai bahan bukti.

Kami juga ingin mengingatkan masyarakat awam agar tidak terjebak dengan usaha mengarusperdanakan fitnah serta ghairah berkongsi klip-klip video tersebut kerana bimbang tindakan itu akan membuka ruang untuk masyarakat terjebak dalam jenayah qazaf (pertuduhan palsu).

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh syarak, pelaku jenayah qazaf ini akan ditolak kesaksiannya selama-lamanya sehinggalah individu tersebut bertaubat.

Kami menyeru dan menuntut agar semua pengundi Malaysia khususnya kaum wanita:

• Menolak sekeras-kerasnya pihak parti politik yang menggunakan taktik berkempen yang kotor ini. Strategi menjatuhkan lawan melalui kaedah ini, benar-benar meng`hina’ (insulting) dan memperkecilkan keupayaan kognitif para pengundi Malaysia yang rata-ratanya sudah mencapai tahap intelektualiti yang tinggi dan matang.

• Menyelidik terlebih dahulu kesahihan dan keabsahan segala maklumat dan informasi yang diperolehi dari mana-mana pihak sekalipun, dan tidak secara membuta- tuli mempercayai setiap apa yang dilihat dan didengar dari pihak lain. Proses menyelidik dan memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima disebut sebagai proses “Tabayyun”, sebagaimana yang dianjurkan oleh Al Quranul Karim dalam surah Al Hujurat, ayat 6 yang mafhumnya :

` Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu.’

• Menggesa tindakan undang-undang yang tegas dikenakan ke atas pihak yang terbabit untuk memastikan fenomena budaya lucah dan pornografi ini dapat segera dibendung.

Sekali lagi kami membuat penegasan : bahwasanya kami tidak merelakan pencemaran budaya seperti ini berterusan sehingga anak cucu kami, generasi muda Malaysia terpaksa membesar dengan hidangan tontonan bahan lucah sepanjang masa.

Kami juga mengambil peluang ini untuk memperingatkan semua pengundi Malaysia khususnya kaum wanita supaya :

• Mengambil berat keperluan untuk keluar membuang undi pada 5 Mei nanti demi untuk menjalankan fungsi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap masa depan Negara dan bangsa

• Membuat pertimbangan dan pilihan terbaik dengan mendapatkan segala maklumat yang benar dan tepat untuk memilih wakil-wakil rakyat yang benar-benar layak, bertangungjawab dan amanah.

• Memilih calon-calon kepimpinan yang mampu menjadi suara rakyat dan gigih memperjuangkan kepentingan mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

Bagi semua pemimpin yang bakal terpilih menerajui tampuk pemerintahan negeri dan negara, kami menuntut agar penambahbaikan taraf hidup dan pengiktirafan sumbangan wanita Malaysia kepada kemakmuran Negara terus diambil perhatian dan diperkasakan, sebagaimana yang termaktub dalam setiap manifesto parti politik yang bertanding.

Suara wanita suara keramat, Sekalipun halus, tetap bersemangat, Undi wanita mampu menyelamat, Sebuah negara menjunjung syariat.

Prof Madya Dr HARLINA HALIZAH SIRAJ
Penyelaras Bantahan Bersama NGO Wanita
Merangkap
Naib Ketua Wanita IKRAM & Pengerusi JK Pembangunan Sosial IKRAM

SENARAI PERTUBUHAN DAN INDIVIDU PERSEORANGAN YANG MENYOKONG BANTAHAN

A. Pertubuhan

1) Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2) Helwa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3) Biro HALUANITA, Pertubuhan Himpunan Lepasan 4) Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
5) Integrated Muslimah Associations and Networks Alliance (IMAANA)
6) Pertubuhan Nisa’ Malaysia (NISA’)
7) Pertubuhan Mawaddah Malaysia (MAWADDAH)
8) Association of Women’s Initiative for 9) Research, Development & Advancement (WIRDA)
10) Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN)
11) Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH)
12) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
13) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14) IKRAM Siswa

B. Individu perseorangan

1) Prof Dr. Muhaya Muhammad ( Pakar Motivasi & Personaliti TV)
2) Pn Wardina Safiyyah Fadhullah ( Pengacara dan Personaliti TV)
3) Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin ( Penulis Novel Dakwah & Penceramah)

————-

(translated version:)
OBJECTION TO SPREADING OBSCENE PORNOGRAPHIC VIDEO AS MALAYSIA’S GE13 APPROACHES

 

A Call for Malaysian Women Voters, Be Undaunted In Making The Right Choice

With the date of Malaysian’s 13th General Election drawing nearer, activities related to campaigning for allegiance strategized by all political parties has definitely shifted into full force. All political parties are working strategically hard in their efforts to gain the people’s support with aims of winning the parliamentary and state seats.

Amongst the latest development in campaigning strategies is the increased activity of spreading the alleged pornographic video involving a number of individual political leaders. This condemned, undignified and cowardly conduct was clearly for the motive of humiliating, disgracing and eroding the credibility of the associated political personalities.

We, representing a number of women’s organizations listed below, unanimously disapprove and object fiercely to such immoral activities and demand that this act be stopped immediately by the responsible party. This trend of spreading obscene, indecent and offensive pornography-like material for public viewing as a political ploy to knock down the opponent clearly portrays the shallowness of intellect and moral inferiority of the group responsible with this act. This action is beyond doubt against the teachings of Islam that emphasizes a lifestyle of morality, good character of conduct and ethics which are some of the most important characteristics to have in a leader worthy of being selected.

Blessed be God the Exalted who set adultery as a major sin that must be avoided by people. At the same time, God Almighty, the Most Just also disallowed a charge of adultery be made ​​arbitrarily and injudiciously without concrete proof, especially if the charge is made by a person of lewd and loose character. There are guidelines entrusted onto the accuser that should be considered responsibly when an accusation is about to take place for fear of falling onto the act of slandering.  Evidence brought before the judgment must be from the most authoritative and competent source, not circumstantial evidence such as hidden camera footage that in this modern technology age can be easily tampered or modified by the public equipped with even the most basic tech-skills.

We call upon and demand that all voters in Malaysia, particularly women voters to:

·         Firmly and out rightly reject the political party that uses such dirty campaign tactics. Resolving to this method of knock-down strategies is a despicable act as well as an insult to the intellect of Malaysian’s voters.  Such undignified methods only belittle the intellectuality and moral values held high by Malaysian’s voters.

·         Investigate the validity and transparency of all the information obtained from any party whatsoever, and do not blindly believe or acknowledge everything that is seen and heard from sources deemed non-viable or untrustworthy.

·         Urge strict legal actions be imposed onto parties involved in circulating or promoting disgraceful materials to ensure obscene and pornographic culture phenomenon can be immediately and effectively controlled and averted.

·         We will never tolerate such act of culture-contamination through public display and free circulation of pornographic material and we most definitely do not desire for this to be the environment that our children, grandchildren and the younger generation will grow up into.

We would like to take this opportunity to remind all Malaysian voters, especially women voters, to:

·         Bear concern the responsible entrusted in voting and the importance of casting out votes on the 5th of May to ensure that the rights and functions of a Malaysian citizen are carried out competently.

·       Make the best of judgment using all information obtained to choose the right and qualified representative for the people.  Select candidates that will be the voice of the people in the State Assembly and Parliament.

To all the potential leaders that will helm the governance of the states and our country, we demand  that the improvement of living standards and the recognition of women’s contribution to the prosperity of Malaysia continues to be acknowledged and empowered, as  indicated in every manifesto of political parties contesting for Malaysia’s 13th general election.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

·

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *