Pasar Percuma Ramadhan 2019 – Bangi & Cheras

news
MIZAN telah mengadakan dua program pasar percuma (free market) yang bertujuan menggalakkan orang awam berkongsi kelengkapan Aidilfitri dengan keluarga yang memerlukan di dua buah lokasi.
Lokasi pertama di Apartment Sri Cempaka, Bandar Baru Bangi berlangsung pada 11 Mei 2019, dihadiri kira-kira 30 ibu tunggal dan juga masyarakat di sekitar pangsapuri berkenaan.
Program di Bandar Baru Bangi itu adalah dengan kerjasama Surau Ar Ridhwan. Puan Nazlina Shazlin Nazir turut hadir memberikan sumbangan beras kepada ibu tunggal.
Program ke dua berlangsung pada 25 Mei di Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak Cheras mensasarkan pemberian sumbangan kepada 14 keluarga asnaf dan 8 individu dengan masalah kesihatan kritikal.
Program dengan kerjasama NGO Ukuhuwah for Ummah ini telah menerima sumbangan tunai sebanyak RM 4,200 dari orang awam.
Terima kasih di atas sumbangan tunai, kelengkapan Aidilfitri dan bantuan sukarelawan yang hadir membantu melancarkan urusan pasar percuma ini.
Farwina Faroque
Pengarah Projek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.