ISU GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH

Article, press release
ISU GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH
MIZAN (Muslimah Interest Zone And Networking) mengambil maklum dan memandang serius terhadap isu yang dikemukakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan Gangguan Seksual Terhadap Pegawai Perubatan Siswazah yang berlaku di sebuah Hospital KKM di Lembah Klang.
Mengikut Laporan yang dibuat oleh akhbar The Star pada 29 Julai 2018 yang bertajuk ”A Sex Predator Is In The House”, seorang Ketua Jabatan  dilaporkan telah beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa orang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau.
Tindakan melaporkan kepada pihak berkuasa oleh mangsa adalah satu tindakan yang sewajarnya diambil untuk memberikan amaran kepada pesalah laku terhadap tindakan beliau yang menyalahi etika profesionalisme.
MIZAN menyeru kepada seluruh masyarakat terutama wanita supaya tidak berdiam diri dan tampil ke hadapan untuk membela hak mereka dalam menjaga maruah diri. Gejala gangguan seksual ini sekiranya tidak dibendung akan memberi impak yang negatif kepada mangsa dari sudut tekanan emosi & mental.
Rujuk dan maklumkan kepada pihak berwajib atau sekurang-kurangnya kepada rakan-rakan anda tentang perkara tersebut agar ianya boleh diambil tindakan susulan oleh pihak atasan supaya menangani kes ini.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam isu ini untuk memastikan mangsa-mangsa dapat dibela dan pesalah laku dikenakan tindakan sewajarnya. Sikap tidak ambil peduli bukanlah satu tindakan yang baik kerana ia turut memberi kesan yang negatif sekiranya gejala ini tidak dibendung.
Justeru, MIZAN akan melancarkan satu kempen hashtag #TidakLagi #NoMore bagi menyedarkan masyarakat umum untuk tidak lagi mengambil ringan impak gejala gangguan seksual di tempat kerja kepada mangsa yang perlukan pembelaan.
Nurul Erna Dewi Mohd Said
Setiausaha
MIZAN
Muslimah Interest Zone And Networking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.